Logo JELITASARA TAHUN 2009-2013
Semua Jenama yang lahir pasti ada Brand Story mereka tersendiri. Harini aku nak cerita Bagaimana Aku bermula dengan bisnes aku – JELITASARA. Bisnes yang terbina dari hanya 20 helai tudung yang di pinjamkan oleh kakak aku sendiri.
Nama Jelitasara ni aku yang bagi selepas berbincang dengan bini aku…sebab Sara tu sebahagian dari nama bini aku… Jelita tu sebab ada 2 peristiwa masa tu… masa tu ada satu cerita indon popular dan heroin dia – agnes monica memegang watak Jelita.. bini aku suka… dan pada masa yg sama… masa dok cari nama brand utk bisnes kami ni, kami selalu beli Majalah JELITA. Then kami gabung..sedap dengar… ok onz… JELITASARA. – Serlahkan Kejelitaan Mu.
2008
Aku tengok kawan aku ni lain maciam sembang pasal internet marketing dan buat duit from internet. Aku tnya buat macm mana? Dia cerita la sket lebih kurang… dia kata…income buleh dapat 5 angka sebulan juga la… terus trigger aku… ok.. ajaq aku. Aku mula belajar pasal perniagaan internet dengan belajar membina website sendiri. AKu bangunkan website aku sendiri dengan beli pakej belajar bina website sendiri. DI pendek kan cerita.. aku berjaya upload website pertama aku …. www.dare2d.com sempena prinsip diri aku DARE TO DREAM. Member aku kata hang jual nombot ekoq ka? mcm 4D ja… heheheh company enterprise aku pun nama DDREAM. Punyalah sangat BERANI BERIMPIAN… Otak aku hanya pkir , AKU BULEH! Tanpa aku tahu… Bagaimana GAME online bisnes ni… Aku terjun… dan ternyata.. aku gagal jual sebarang produk secara betul2…pun… produk demi produk…aku cuba… semua benda aku try… affiliate program, ebay, jual e-book, join forum…semua serba tak kena.. aku buntu… aku gagal bawa trafik ke web aku, aku tak clear produk apa sebenarnya… pernah aku pegi ke POPULAR BOOK STORE nak pegi beli peta MALAYSIA. Sebab Irfan Khairi kata dia jual peta malaysia dekat mat salleh… aku macm desparate time tu nak buat duit secara online… Buku demi buku aku beli… Ebook demi ebook aku beli… sampai satu ketika tu.. wife aku dah cakap… beli buku lagi bang? aku tau.. result nya tak nampak2 juga… aku sampai sembunyi2 beli buku dan ebook pada satu ketika tu… sbb aku tau.. bini aku tetap track apa yg aku buat… tapi tak jadi2… Mak aku masa tu… tak komen apa pun… aku suruh doa ja… Tanggal 23/7/2008, mak aku meninggalkan dunia ni.. Aku punya last back up da xda pada umor aku genap 30 tahun. Mak lah tempat aku pinjam duit juga kalau aku tak cukup budget… tapi tak selalu… mak aku sampai pesan dkt adik n kakak aku.. Hangpa tengok sama zaki tu.. aku risau nanti aku dah dah tkdak, dia hidup susah .. dia p pinjam along….. Memang betui… aku stuck… aku tkda kekuatan financial time tu. ngam2 ja… Mak aku meninggal 23/7… aku hnya ada RM100 sahaja sementara nak tunggu gaji 27hb… Nak balik KEDAH.. aku terpaksa pinjam duit mertua aku sbb tak cukup pun nak balik.. AKU MEMANG SUSAH TIME TU.
2009
Setahun selepas mak aku meninggal.. Aku upload website www.jelitasara.com … Tanpa aku sedar, tarikh yang sama mak aku meninggal, JELITASARA aku lancarkan secara official. Kakak aku tengok aku susah sangat.. dia bagi aku 20 helai tudung , Zaki try la jual… Kakak ada banyak tudung… Aku tengok bini aku… dia angguk cakap OK. Bini aku memang suka fesyen… Suka benda2 cantik. Kami jual 20 helai tudung tu.. secara CAR BOOT SALE .. HabiS!!! Aku tanya kakak aku.. adalagi tak kak? dia terus bawa aku pegi tempat borong dkt KL. Sejak hari tu, aku terus explore sendiri.. AKu rolling semua duit 20 helai tudung tu… Aku tk amik satu sen pun.. aku bayar balik dekat kakak aku 20 helai tu. Aku terus rolling sampailah JELITASARA mula di kenali ramai di atas talian.
Bagaimana Aku Buat?
Lepas aku jual abis 20 helai secara car boot sale.. aku terpikir, why not aku onlinekan, aku buat website… so, aku park dulu jelitasara dkt website first aku tu… www.dare2d.com/jelitasara jualan mencanak2 sebab masa tu, orang ramai suka beli tudung secara online. Modal aku beli hosting dengan domain name masa tu RM55 saja… aku beli paling murah sbb aku tak duit sangat… n takut hangat2 tahi aayam ja…
Aku apply terus semua teknik yang aku da belajar selama setahun sebelum tu… ternyata teknik yang aku belajar tu membawa pulangan yang sangat lumayan… aku hampir giveup… Aku bersyukur sangat aku tak tarik handbrake time tu.. sebab aku CLEAR masa tu.. Aku YAKIN. AKU BOLEH!. Alhamdulillah. Allah izinkan aku mencanak naik.
Wife aku modelnya.. pkl 10pm lepas tidor kan anak pertama kami, kami start shoot guna digital kamera kecik tu.. smpai pkl 12tgh malam then wife aku akan tidor, aku akan sambung edit gambar… then buat website dan upload.. pkl 3-4pagi baru setel.. pkl 6 aku da bangun utk get ready to work . begitulah berterusan hingga tahun 2012. tengah hari aku akan balik ambil parcel n hantar ke poslaju mini dekat area batu berendam… cina tu da pening dah sbb banyak sangat hari2.. hahhaa… masa ni kawan sekerja aku SUKRI jadi saksi dan aku cakap dengan dia… SUk, hang adalah saksi hidup tengok aku bina JELITASARA Ni dari kosong… (Beliau sekarang merupaakan Chief Sales Officer Jelitasara)Sehingga satu hari tu, order dah terlalu banyak, wife aku da tk mampu nak handle, mertua aku datang bantu… so, team asal Jelitasara bermula dengan aku berdua dengan isteri dan bulan ke3 Jelitasara, Mertua aku join Jelitasara. Mereka lah yang menyaksikan permulaan Jelitasara bermula dari rumah teres di batu berendam – Taman Angkasa NURI. Aku tak pinjam duit dari mana2 bank atau mana2 badan yang berkaitan utk kami bina JELITASARA. Hanya 20 helai tudung yang kakak aku pinjam tu saja yang aku pinjam… AKU JALAN TERUS SAMPAI KE HARINI!
Disclaimer: Cerita ni aku cerita bukan utk bermegah2.. aku juga insan biasa yang tak ada apa2 masa aku start dlu.. aku hanya ada masa 24jam sehari, tenaga dan IMPIAN untuk aku ubah hidup aku sekeluarga.
APA YANG MINDA ANDA BOLEH BAYANGKAN, ANDA BOLEH CAPAI.