Skip to main content

Berat mata memandang, beart lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah. Program ‘Bantuan Bakul Makanan Kasih by Jelitasara berjaya team Jelitasara realisasikan pada bulan July 2021. Tidak ada alasan untuk kita tidak membantu kepada yang memerlukan.

Dengan konsep membeli sambil menyumbang, sebahagian keuntungan syarikat telah di khaskan untuk program Bakul Makanan sepanjang tempoh PKP 3.0.

Latar Belakang Program Kasih by Jelitasara

Program ini telah di asaskan pada tahun 2019 oleh founder Jelitasara sendiri di mana hasrat ini telah lama ingin di realisasikan. Dengan tekad untuk memulakan dengan apa yang ada, program ini telah mula bergerak pada tahun 2019 dan menyasarkan golongan yang memerlukan di sekitar bandar melaka. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan senarai nama insan yang sangat memerlukan. Bantuan barangan asas adalah bantuan utama yang di berikan beserta wang saku.

Bantuan Bakul Makanan 2020

Bantuan Bakul Makanan telah pun di buat pada tahun 2020 ketika PKP1.0. Pada tahun 2020, bantuan ini Jelitasara menumpukan bantuan kepada semua pekerja Jelitasara. Alhamdulillah. Ianya berjaya di buat ketika semua orang dalam keadaan yang sangat mencabar.

Bantuan Bakul Makanan 2021

Selain Jelitasara, kami juga menerima sumbangan dari individu dan rakan2 usahawan yang turut sama menyumbang di dalam program Kasih by Jelitasara ini. Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih kerna sudi menyumbang dan percaya akan organisasi Jelitasara sebagai wakil bagi menyampaikan sumbangan.

Moga ini adalah satu permulaan baik kepada program yang lebih besar satu hari nanti. Doakan moga program ni beroleh keberkatan dan mendapat sokongan dari semua pihak.

Kepada yang ingin bersama2 menyumbang, buleh klik link bawah ni untuk kita sama2 membantu kepada yang memerlukan. InsyaALLAH.

SAYA NAK JOIN SAMA MENYUMBANG DAN MEMBANTU – BANTUAN BAKUL MAKANAN

Official Receipt akan di keluarkan untuk sumbangan yang di berikan.

Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

Leave a Reply