Apakah itu Aplikasi CLUBHOUSE?
Clubhouse merupakan sebuah aplikasi ‘podcast’ yang terbaru dimana ia merupakan sebuahplatfom untuk pengguna dapat berkomunikasi secara di dalam talian dan secara langsung di dalam ‘room’ yang di buka untuk membincangkan sesuatu tajuk. Ia mengoptimumkan medium audio pengguna sebagai kekuatan utama applikasi ini. Mula mendapat sambutan baik di Malaysia sekitar Awal tahun 2021 terutamanya ketika PKP 2.0 di laksanakan di negara MALAYSIA. Anda hanya buleh berada di dalam aplikasi ini apabila anda di undang oleh orang yang telah pun berada di Clubhouse. – It is by invitation only.
Bagaimana Aplikasi CLUBHOUSE Dapat Membantu Kita?
Dari pemerhatian saya, apabila sesebuah Aplikasi yang mula mendapat perhatian ramai, pasti akan ada buruk dan baiknya. Posting ini saya memfokuskan kepada nilai baik yang dapat kita semua peroleh manafaat darinya. Diantaranya:
- Dapatkan kembangkan network
- Dapat belajar ilmu-ilmu yang beri manafaat kepada kita terutamnya ilmu pengurusan perniagaan, pemasaran, jualan , dan juga ilmu keagamaan.
- Sumber hiburan ala2 radio
- Sumber informasi terkini
- Sumber maklumbas terhadap sesuatu isu terkini.
- Platform Forum/Perbincangan
- Platform Terbaik Untuk Penjenamaan(Branding) & Marketing
Apapun, kita sebagai user perlu paham akan etika ketika kita berada di dalam sesebuah ‘room’ dan juga jika sesebuah event yang sedang berlangsung.
Bagaimana Anda Nak Bermula Di Clubhouse?
- Anda buleh bermula dengan menjadi pendengar yang bagus. Kebolehan mendengar dengan teliti membolehkan anda mendapat ilmu yang sangat bernilai tinggi secara percuma.
- Berani angkat tangan dan bertanya soalan sekiranya moderator membuka sessi soal jawab.
- Berani memulakan ‘room’ perbincangan anda sendiri dan anda yang menjadi moderator room tersebut.
- Hormat semua yang ada di dalam sesuatu ‘room’ yang anda sertai.
Perkara Yang Perlu ANDA Beri Perhatian:
- Berhati-hati dengan siapa yang anda ‘invite’ untuk masuk kedalam komuniti Clubhouse. Ini kerna ia akan tertera nama anda yang ‘invite’ seseorang itu di dalam clubhouse. Sekiranya beliau melanggar etika di clubhouse, maka nama anda juga akan terpalit.
- Gambar Profile Sangat Penting – Satu-satunya Gambar yang anda boleh letak di applikasi clubhouse, gambar profile anda. Pastikan Gambar Profile anda jelas dan presentable kerna ia akan bina kepercayaan audience ketika anda bertanya dan bercakap di atas pentas kelak
- Hati-hati ketika anda pilih untuk join ‘room’ yang buleh mencalarkan kredibiliti anda di clubhouse. Sebab akan ada room yang tajuk nya agak bahaya jika kita masuk.
Apapun , kita semua sepatutnya matang dalam memilih apa yang terbaik untuk diri kita. Penulisan artikel ini adalah hasil pengalaman saya menggunakan platform ini selama lebih kurang 6bulan. Pastinya dari hari ke hari, platform ini akan menambah fungsinya demi kebaikan penggunanya. Moga artikel ini beri manafaat kepada yang mencari informasi tentang clubhouse.
Wan Zaki.