Skip to main content
2022.. Usia JENAMA JELITASARA bakal memasuki 13 tahun di dalam industri muslimah fesyen yang di kuasakan dengan digital platform… e-commerce dan digital marketing sebagai paksi utama kewujudan jenama ini.
Tahun demi tahun… Pasukan JELITASARA berkembang dari 2 orang kepada 60 orang pada satu ketika… pada hari nukilan ini di buat, pasukan Jelitasara berjumlah 30 orang… It is not how big your team and how fast you grow theit numbers… it is about their value to the company is the most important thing….
Apa yg saya belajar?
BINA PASUKAN IMPIAN ANDA PERLUKAN MASA…
Team Anda adalah aset syarikat yg sangat bernilai tinggi. Dulu saya pkir, saya kena pandai semua perkara … ternyata kurang tepat… Team kita takkan tiba2 jadi hebat especially yg datang sebagai fresh grads… team kita takkan datang so perfect…. team kita bukan datang semuanya suka kepada kita… team kita juga manusia biasa… ada yg buleh terima teguran… tak kurang juga yg tak buleh terima apa saja teguran yg di beri(SENTAP)… ada yg sentiasa ada saja yg tak puas hati dgn syarikat… tapi ada juga yg sanggup sama2 harungi bersama syarikat apa jua keadaan yg mendatang….
Dalam membina pasukan IMPIAN ANDA… anda bakal di uji mentally n physically… sebagai Ketua Pasukan… Kriteria yg anda kena ada adalah – TO LEAD, TO COACH, TO INSPIRE, & TO BECOME A TRUE LEADER!
Pada masa yg sama, sebagai biz owner, kita juga hanya manusia biasa yg Allah jadikan sebagai tidak perfect mana pun dan kita juga banyak buat silap dalam membina pasukan kita…
Saya mula belajar bina pasukan sales team saya ketika saya didalam dunia jualan langsung sekitar tahun 2004-2008. Ini adalah fasa di mana saya mula paham apa itu leadership who that really inspires their team to make it happen on whatever situation. Saya paham apa itu semangat setiakawan dan kerja dalam satu pasukan dan konsep ‘3R’ yg sangat penting dalam membina satu pasukan yg hebat…
Lain org lain ceritanya.. cerita saya tkdalah hebat mana pun… cerita chokia2 ja saya bina pasukan saya zaman tu… saya follow apa leader saya ajar.. Kie, ang kalau nak jadi leader ang kena buat mcm ni… ang kena mcm tu dan macm ni… saya buat.. saya copy… saya praktik… dan apa yg saya realize… leader they have vision… they communicate, they engage, they inspire.. dan paling penting seorang Leader he or she clearly define their ‘BIG WHY’
LEADER… THEY LEAD BY EXAMPLE.
Statement atas ni paling susah nak carry if you sebagai seorang leader. Perkara paling susah dan palingg team kita nak tengok adalah buleh ke tak kita menepati masa. Sbb tu leader yg ada masalah timing dan menepati masa pasti akan susah nak bina pasukan yg hebat… sbb respect itu bermula apb kita buleh menepati masa.
Pada saya – GREAT Leader Buleh ada sense dalam memberi satu jangkamasa yg almost tepat apb beliau membuat sesuatu komitmen atau forecast. Team akan respect kita dan mula paham apa yg kita Pantang.
Kembali kepada pasukan impian yg hebat adalah motivasi saya utk terus mengepalai perjuangan ini.
Cerita sesebuah jenama pastikan tkkan sama… growth rate, jatuh bangun sesebuah jenama jangan kita bandingkan dan anggap sama saja.. nampak mcm sama tp ia takkan serupa.. masing2 ada keunikan tersendiri dlam membina empayar bisnes masing2… paling penting – RESPECT EACH OTHER.
Macamana KITA NAK TAHU TEAM KITA DAH MULA NAK JADI TEAM IMPIAN KITA?
Jawapannya… melalui Management Review Meeting… Setiap Team Leader akan present pencapaian division/department masing2… melalui slide presentation dan cara mereka membuat presentation , kita sebagai leader sudah buleh menghidu… mereka dah ada ‘SOUL’ atau tidak… mereka lebih kepada banyak complain atau banyak memberi idea atau cadangan solution kepada sesuatu cabaran yg syarikat sedang hadapi… SWOT analysis utk setiap department sangat penting untuk kita tengok creativity mereka dalam menghuraikannya dengan lebih detail.
CREDIT atau pujian – WAJIB di beri sekiranya apa yg di report/di present betul2 memenuhi kehendak anda sebagai seorang biz owner.
Kalau nak cerita memang 7hari 7 Malam takkan abis… tapi kita perlu hargai apa pasukan kita dah buat utk memastikan semua di dalam syarikat dapat terus memperoleh rezeki masing2… bukan kita buat sorang2… bukan kita hebat sorang2… sebab tu saya saya percaya…OUR TEAM IS THE BIGGEST ASSET IN OUR BUSINESS.
Kalau kita sbg biz owner sudah mampu drive kereta mewah, kita juga WAJIB PASTIKAN… TEAM KITA JUGA MAMPU PAKAI KERETA IMPIAN MEREKA ketika mereka bersama syarikat kita…. dan ia perlukan masa…
Moga biz owner yg baca nukilan saya ini dapat belajar sesuatu… &.. never ever giveup dalam ujian membina pasukan impian anda…. Stay Hungry… Stay Foolish… Keep Looking &…. KEEP PRAYING…. supaya Allah hantar pasukan yg hebat utk bantu kita membina EMPAYAR Perniagaan kita…
WZ.
Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

Leave a Reply