Perniagaan tanpa pelanggan ibarat pergi memancing di kolam yang tiada ikan. Dalam Dunia serba online sekarang ini, medium komunikasi sudah beralih kepada platform seperti whatsapp dan juga telegram. Ini memerlukan perhatian yang lebih kepada perniagaan yang rata2 pelanggan mereka adalah datang dari online. Apa yang saya perhatikan, cara komunikasi secara offline perlu di teruskan secara online dan ada beberapa teknik yang buleh membuatkan pelanggan anda suka kepada brand anda. Apabila mereka suka, maka pasti mereka akan kembali malah jika ada competitor cuba cilok mereka pun , mereka tetap akan setia bersama anda. Jom.. Kita mula…
1.Gambar Profile Anda Bersama Logo Jenama Anda
Alam online semuanya terbina atas dasar PERCAYA. Bagaimana untuk kita wujudkan nilai percaya secara online? – Gambar Profile buleh meningkatkan 300% Nilai PERCAYA pelanggan kepada anda. Di ikuti dengan logo jenama anda, pasti ia datang sebagai satu pakej PERCAYA yang sangat bernilai tinggi.
2. Nama Anda
Bakal pelanggan sangat nak tahu dengan siapa mereka berkomunikasi. Adalah sangat penting untuk anda letak nama anda di profile anda dan juga sentiasa mulakan perbualan dengan memperkenalkan nama anda kepada pelanggan anda. Always sebut nama anda dalam perbualan anda untuk mereka kenal dan rasa dekat dengan anda. Bina hubungan terlebih dahulu sangat penting dalam membina pelanggan jangka masa panjang. Ia buleh terbina dengan pelanggan anda kenal siapa nama anda.
3. Sebut Nama Pelanggan Anda
Sifat semula jadi manusia, mereka akan rasa sangat di hargai jika kita sebut nama mereka dalam komunikasi kita. Ini kerana, jika kita sebut nama mereka, kita dan mereka seolah2 kenal dan rapat. Tak percaya? brand2 yang berjaya , wajib akan tanya nama pelanggan mereka contohnya – Starbuck akan tanya nama pelanggan mereka untuk mereka tulis di cup yang bakal di berikan kepada pelanggan…dan pekerja mereka akan terus sebut nama pelanggan mereka untuk komunikasi aktiviti yg seterusnya.
4. Elak Gunakan ROBOT Komunikasi.
Secara logiknya, manusia lebih suka berkomunikasi dengan manusia. Sekiranya mereka dapati, yang berkomunikasi dengan mereka itu adalah robot atau sistem A.I, maka mereka akan tamatkan sessi komunikasi tersebut dengan kadar segera. Anda juga perlu elak dalam komunikasi anda ala2 robot. tanya sepatah jawab sepatah. jawapan terlalu ringkas akan memberi signal kepada pelanggan kita yang mereka tidak penting. Apabila manusia rasa diri mereka tidak di hargai, mereka akan chow. Rugi sangat2.
5. Tracking Number (Paling Penting) & Follow Up Barang Dah Dapat Ke?
Jualan Secara online sangat penting closing part. Selepas barang sudah di bayar oleh pelanggan, anda wajib update mereka tracking number parcel. Dan adalah tanggungjawab anda untuk pastikan barang mereka selamat sampai selepas 1 hari di hantar. Sekiranya ada masalah transit, anda yang update pelanggan anda terlebih dahulu(paling power). Sekiranya dah dapat barang, anda wajib follow up bertanyakan adakah barang yang dapat tu ok atau ada masalah? dan jangan lupa, always ask for feedback tentang produk dan juga service yang di berikan. Ia sangat bernilai tinggi untuk mereka menjadi ‘Return Customer’ anda untuk kempen atau produk yang seterusnya. Menjual kepada existing customer adalah jauh lebih senang dari menjual kepada New Customer… kerana apa? Kerana NILAI KEPERCAYAAN itu telah pun terbina pada hari pertama pelanggan anda membeli dengan anda.
Semua yang saya kongsikan di atas adalah antara yang di praktikkan di dalam bisnes saya di JELITASARA. Ya, sejak day 1 saya buat Jelitasara, perkara ini lah yang saya titik beratkan sejak 2009. Bukan mudah untuk saya pass over this thing to my team, tetapi ia adalah perkara penting yang membuatkan pelanggan Jelitasara keep on coming back to us.
Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada perniagaan anda. Saya hanya tulis apa yang saya buat dan saya lalui pengalaman dalam perniagaan saya. Moga ianya dapat membantu perniagaan anda juga ya. All the best!
WANZAKI