Skip to main content

CEO… Ramai diantara kita yang ingat apabila cerita bab CEO ni adalah Chief Executive Officer. Tapi, apabila aku jumpa Coach Yuremi, aku di kongsikan dengan konsep 3 peringkat of CEO. Oooo Macam tu kaa… Abis tu Apa levelnya?

Walaupun ada guru bisnes yang gelak besar apabila gelaran CEO ni sewenang-wenang di gunakan oleh usahawan. Tapi, Konsep CEO yang aku nak kongsikan ni adalah lebih kepada nature work yang seseorang usahawan itu bakal lalui apabila bergelar pemilik bisnes. Ada orang kata CEO hanya boleh di pakai sekiranya anda menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Kalau enterprise tk buleh pakai title tu… apa-apa ajalah… hahahaha… Janji hang paham apa level CEO yang hang tengah berada sekarang…. Ok Lets GO!

1) CEO Level 1 – Chief Everything Officer

Ini Fasa pertama semua pemilik bisnes WAJIB lalui. Apa itu EVERYTHING? Semua benda hang buat sendiri la bro… cari supplier, buat produk, check order, process order, serve customer, beli lunch sendiri, beli kopi sendiri, nak suruh orang lain hang akan rasa weird…. hang akan rasa bersalah…. semua benda hang nak buat sendiri. hang rasa hang la yang paling terrer dalam dunia bisnes yang hang bina dari kosong… Semua orang yang lalui fasa ni, mereka akan paham apa yang aku cuba sampaikan… Yes.. hang memang hebat kalau hang rasa hang lah orang tu… yang mula di level ini… sebab hang akan jadi CEO yang takkan lupa di mana hang bermula bro! & Level ni adalah level ONE MAN SHOW. Apa yang aku belajaq level ni, ini adalah level hanya hang sorang ja percaya apa itu WHY factor dan BIG Dream dlm kepala hang. Inilah level 1000 hari sumpahan dalam dunia bisnes. Just enjoy it bro. Lalui proses demi proses dengan hati yang terbuka dan muka senyum saja…

2) CEO Level 2 – Chief Entrepreneur Officer

Fasa Ke 2 ni Lebih mencabar…. Pasai apa aku cakap lebih mencabar sebab hang da mula nak bawa masuk orang dalam bisnes yang hang dah bina dari kosong satu ketika dlu… Dulu hang paling terrer… sekarang hang ada 2 option, samaada hang nak train orang yang hang nak bawa masuk ni jadi hebat mcm hang atau lebih hebat dari hang, atau… hang nak just jadikan dia seorang pekerja yang hanya deliver apa yang hang suruh dia buat. Bisnes di bina pada asas – PEOPLE, PROCESS & SYSTEM. Pada aku, hang da mula masuk level ni apabila hang dah mula asas 3 elemen penting ni dalam bisnes hang.

Pendek cerita, level ni ang dah mula bina organisasi bisnes hang.. hang da mula ada 3 division penting dalam organisasi syarikat hang… – Cost Centre, Game Changer , Revenue Generator. Masalah Utama fasa ni adalah dalam memastikan VISI dan MISI syarikat well deliver to all team members. Selama ni hang saja yang paham mana hang nak tuju. Sekarang hang nak kena terjemah benda tu dekat semua team hang! Ingat, masa ni kalau hang salah bawa masuk passanger mereka takkan paham pun apa itu perjuangan hang dalam bisnes. Nanti lama2 hang penat… mula hang nak maki hamun team hang sendiri.

Level ni maybe hang da mula buleh suruh staff belikan latte hang …. hahhahahaha… sbb hang maybe da mampu ada PA hang sendiri level ni.

3) CEO LEVEL 3- Chief Executive Officer

Level ke 3 ni adalah level real business game. Memang hang masuk meeting more kepada set direction. On management review hang akan tengok those related Dashboards yang menceritakan performance syarikat. Dok cerita profit margin and P&L dan macamana nak increase company value. Forecasting company growth and scale up bisnes itu topik utama hang. Level ni hang da ada PA yang sangat power utk uruskan jadual harian hang.. Hang da ada driver utk bawa hang kemana saja sebb masa hang sangatla bernilai tinggi, rugi kalau hang drive berjam2 utk p meting jauh… ang kena conserve yr energy to keep fit during the long meeting yang hang akan lalui dan hang akan di minta buat hard decision as the CEO sehingga lah tahap membuang pekerja secara beramai2.. ada bran? CEO level ni buleh di upah jalankan tanggungjawab ni atau, owner sendiri akan galas tanggungjawab ni… Bisnes yang Berjaya dia pasti akan hire someone better than him to run the business. Kat level ni bukan cerita hang yang terrer segala2 nya, level ni hang kena laverage other people brain and expertise who might be far better than you. Hang sebagai pemilik bisnes mungkin dah bawa bisnes hang sampai ke satu tahap yang hang rasa dah tinggi.. tapi dengan adanya solid team, hang kena pkiaq untuk berikan tanggungjawab ni dekat orang yang lebih muda dan lebih bagus dari hang… jangan nak sentimental sangat bab ni.. when the time comes, go for it bro. Hang play a role as Director of the company. Tapi jangan terburu bab ni.. keep looking.. keep searching sampai hang jumpa orang tu… Level ni game hang adalah Put Jockey to the right Horse…kata orang puteh.. hahahahaha.

Semua level ni aku belajar dari Coach YUREM MN yang aku kenal sejak 2020 melalui THE BLACK CODE Program. Moga perkongsian 3 LEVEL CEO yang kita semua kena tahu ni dapat sedikit sebanyak membuka mata, beri ilmu, sedar diri dan juga jelas dengan apakah yang kita kena lakukan di setiap level.

Segala kekurangan artikel aku ni aku minta maaf sebab aku juga seorang CEO yang masih belajar untuk bawa bisnes aku sendiri – JELITASARA ke peringkat WINNING Business Level. Maybe ada CEO2 hebat terbaca artikel aku ni dan tak bersetuju, AKu ok ja… sebab masing2 ada pendangan masing2 mengenai position yang sangat sinonim dalam dunia bisnes dan pengurusan sesebuah syarikat.

Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

Leave a Reply