Skip to main content
Salam to all my family, friends & my beloved team. Setelah beberapa hari saya observe update daily health TEAM SAYA – JELITASARA, Saya terpanggil utk share tips kekal sehat sepanjang kita berada dalam krisis Pendamik Covid 19 ni. Ini Adalah kerana saya dapati ada beberapa perkara yg saya buat menyebabkan saya sendiri pelik, saya xda masalah demam, selsema atau batuk sejak PKP1.0 – March 2020.

Berikut yang Saya Buat:

  1. Saya makan Vitamin C 1000mg Setiap hari. – Bentuk tablet yg cair apabila di masukkan dalam air. Buleh refer gambar .
  2. Saya minum air kosong yg banyak.
  3. Saya amalkan minum green tea panas tanpa gula
  4. Saya amalkan makan Habbatusauda tablet. PKP1.0 & Pkp 3.0
  5. Setiap hari saya minum kopi panas. 🙂

Vitamin C – 1000mg + Zinc yang saya minum setiap hari(waktu pagi during breakfast)

Aktiviti:

  1. Saya tak pergi tempat yg ramai orang. Saya elak pergi ke Big Mall. Jika terpaksa pergi pun saya akan jaga social distance dan ini saya anggap sangat susah benda ni kita nak control orang lain utk jaga. So, saya hanya pergi ke retail outlet yg kecil utk saya beli barang keperluan. Speedmart & K-Grocer dekat rumah saya jer.
  2. Sentiasa pakai facemask once saya kluar dari kereta. Sekarang dah double masking.
  3. Sentiasa ada handsanitiser dan sentiasa pakai selepas sesuatu aktiviti .
  4. Saya lakukan senaman ringan min 30mins sehari dan saya akan push heart rate up to 150max rate. Jadila… umoq pun dah 40an… tinggi2 sangat kang collapse plak.
  5. Saya xda lawatan ke rumah jiran2 dan rakan2. dan saya x welcome visitor ke rumah saya. Dulu saya singgah juga rumah mertua saya di seremban jika ada meting business, sekarang itu semua dah xberlaku sbb kadar jangkitan makin serius. Adalah lebih baik sentiasa berhubung dgn orang tua kita secara video call. Setiap hari tnya khabar pun ok. takda masalah. Janji mereka selamat.
  6. Saya akan tonton buletin utama utk saya kekal uptodate perkembangan terkini. ini saya anggap apb kita ambil tahu, kita akan aware n berhati2 akan pergerakan kita. physcology nya kita akan always alert.
  7. Saya akan elak pegang bahagian muka selepas saya pergi ke sesuatu kawasan dan hnya akan pegang bahagian muka selepas sanitise.
  8. Doa setiap Hari – YaAllah, lindungi lah diri ku dan keluarga serta pasukan ku dari terkena wabak covid 19. Angkatlah penyakit ini dari dunia ni. Jika ada yang terkena, engkau berilah kekuatan buat mereka untuk cepat sembuh.
Semua ni saya da amalkan dalam rutin harian dan saya lebih kemaskan praktikalnya dari masa ke semasa.
Dulu??
Dulu sebelum pendamik menyerang kita, saya akan cepat demam sbb saya aktif bersukan tenis dan badan saya cepat dehydrate dan lemah tanpa saya sedar dan saya sangat aktif jumpa orang. So, saya selalu akan tak sihat badan dan saya tk ambil sebarang vitamin. Rupa2nya saya mula sedar, badan perlukan air yg cukup dan sistem antibodi yg tinggi utk protect badan berada dlm keadaan low immunity. Bab basuh tangan ni jangan nak harap sangatla… time ingat basuh la… time tak ingat…belasah ajala…
Saya berkongsi ni jangan salah anggap ya… Semuanya datang dari Allah. Kalau Allah takdirkan saya demam esok, itu Kuasa Allah. tp Kita kena usaha jaga diri kita dan yakin dengan doa kita setiap hari.
We cant afford to get sick during this pendamic. sbb hospital full dan sistem kesihatan negara berada dalam keadaan full capacity.
Moga Sharing ni dapat bantu anda yg membacanya sedikit sebanyak. Saya bukan pakar kesihatan … saya hanya buat perkara yang saya rasa perlu utk saya jaga diri saya dan famili saya utk terus kekal sehat sepanjang krisis pendamik ni.
-WANZAKI
Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

Leave a Reply