E-commerce yang menjual merupakan e-commerce yang sangat bernilai tinggi. Kerna ciri-ciri yang di miliki oleh ecommerce ini akan membuatkan transaksi akan berlaku tanpa henti dan tanpa mengira siang dan malam… Ia akan menjadi aset yang sangat bernilai tinggi kepada seseorang dan juga syarikat yang menjual produk mereka secara online melalui platform e-commerce.
Harini aku bawakan tajuk 003 dalam CH untuk kami berkongsi Apakah kriteria yang penting sesebuah e-commerce itu perlu ada untuk memastikan ianya betul di optimumkan hasilnya. Sebahagiannya adalah pengalaman aku sendiri membina perniagaan aku JELITASARA.
Di antara yang yang di kongsikan hari ni ialah:
1) Wajib ADA Page – Siapa Kami / Who Are We / About Us
Ini sangat penting kepada brand yang baru nak masuk market untuk bina kepercayaan kepada bakal pelanggan. Online is all about trust. Kita kena buat orang betul2 percaya akan kewujudan diri kita dan juga perniagaan kita. Buleh dengar huraian lanjut dalam video ok.
2) E-Commerce Loading TIME – LAJU!
Pelanggan online sangat nak kan SPEED apabila mereka membeli di ecommerce kita. Ada 2 Jenis pelanggan di e-commerce, Pelanggan Baru dan Pelanggan Yang Datang Kembali. Proses daftar pelanggan perlu di ringkaskan dan cepat kerna pelanggan tak suka nak jawab banyak2 soalan. Proses belian secara online juga perlu di ringkaskan kepada max 3 klik orang dah buleh check out. Sememangnya process ini sangat memerlukan plugin yang berkaitan untuk memudah kan process belian dengan pantas.
3) Fokus Mulakan Jualan 1-5 Produk Terlebih Dahulu
Anda tak perlu jadi kedai runcit ataupun mall online ketika baru bermula. Mulakan dengan satu produk pun ok.. takda masalah, sebab kita perlu bina kepercayaan pelanggan terlebih dahulu.
4) Diskripsi Produk
Diskripsi produk sangat penting. Perlu cerita in detail kerna orang beli online, mereka tak dapat pegang produk secara fizikal, ini sangat kritikal sehingga ada fungsi video untuk tujuk produk 360darjah.
5) Gambar Yang Bagus
Di online, anda sebenarnya jual gambar! Yes kombinasi model, photographer dan juga faktor pencahayaan sangat penting. Gambar bagus akan berlaku jualan!
nak tau banyak lagi buleh tengok video bawah ni ok!