Trafik merupakan perkara yang sangat penting untuk kita rancang setelah sesebuah e-commerce itu siap. Tiada Trafik bagaikan kedai tanpa pelanggan. Trafik merupakan sumber pertama yang di perlukan setelah sesebuah e-commerce itu bersedia untuk mula menjana jualan.
Terdapat pelbagai teknik untuk menjana trafik ke e-commerce yang anda buleh buat untuk bisnes anda. Di dalam sessi kali ni, kita berkongsi dengan semua moderator yang berpengalaman luas dalam bidang e-commerce dan juga dunia jualan retail.
Teknik PERCUMA (Organik) – Secara Online
1) SEO (Search Engine Optimization)
Merupakan teknik ‘evergreen’ yang telah lama di gunakan oleh para internet marketer satu dunia. Perniagaan anda atau ecommerce anda muncul dari carian search engine apabila sesuatu keyword di gunakan untuk mencari maklumat atau mencari produk info. Contoh, jika orang search tentang – ‘tudung terkini’ – website JELITASARA muncul top 3 search engine result. Teknik ini bukan lah straight forward tetapi perlu di pelajari terlebih dahulu. Malah ia sangat teknikal dan sangat competative.
2) Social Media
Dunia online sekarang ini sememangnya di pengaruhi oleh social media. Semua Social Media yang memberikan anda untuk letak link website dan apabila orang click mereka buleh ke website anda, WAJIB anda gunakan dan bina content yang membina kredibiliti jenama anda di semua social media platform anda gunakan. Antara yang anda wajib berada ialah:
– Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter, Youtube dan Clubhouse.
Contoh: Instagram story link to website.
3) ‘High Value Content’
‘Content IS KING’ , content yang di sampaikan dalam bentuk story telling sangat memberikan impak yang tinggi untuk bina kepercayaan dan akhirnya audience akan pilih untuk cari lagi maklumat tentang diri anda. Di sini lah jika content anda di sertai dengan maklumat website bakal membawa trafik ke e-commerce anda. Malah jika content anda menjadi VIRAL, ia akan lebih melonjakkan lagi bilangan trafik tersebut. Content yang di sampaikan bukan tujuan menjual tetapi lebih kepada pendekatan ‘Soft Selling’
4) Whatsapp Status
Fungsi ini sangat berkesan membawa trafik ke e-commerce anda kerna orang suka tengok status kita di whatsapp status. Fungsi untuk membawa audience ke website anda ini di benarkan dalam platform whatsapp status. Bayangkan. purata 100 orang akan tengok status anda, jika anda ada 50 orang staff.
100 x 50 = 5000 orang nampak. 10% pilih untuk klik ke e-commerce anda.
5) Blog Posting
Penulisan blog sekarang ini sudah ramai yang tinggalkan dek kerna terlalu leka dengan social media. Percayalah, content yang terhasil dari blog posting dan back link yang di lakukan dalam content yang di hasilkan sangatlah di sukaai oleh google search engine. Dimana teknik ini anda akan dapat menaikkan juga ranking SEO anda. Google sangat pintar dalam mengenalpasti originality sesuatu content.
6) Personal Notification
Anda buleh minta visitor anda subscribe push notification untuk mereka dapat update sekiranya anda push that button, traffic akan mula mengalir masuk ke e-commerce anda.
7) Komen Social Media / Blog
‘Blog Walking’ dan Social Media Commenting adalah perkara yang sangat penting di mana anda meninggalkan kesan jejak yang mendalam untuk audience mula menjejak anda sekiranya apa yang anda tinggalkan di bahagian komen sangat bernilai tinggi.
8) Email Footer
Set Tamplate email footer di dalam setiap komunikasi email anda.
9) Feedburner
Musti jarang dengar benda ni kan.. ia adalah fungsi yang di pasang pada blog. untuk analisis trafik ke e-commerce anda. Buleh baca selanjutnya tentang teknik feedburner ni – FEEDBURNER
10) Facebook Group
Anda perlu bijak memilih facebook grp yang berkualiti di mana anda akan kongsikan content yang bernilai tinggi. Grp tak perlu besar sangat…. good at 2000++ kerna kita mencari audience yang berkualiti untuk berkongsi apa yang kita tulis beserta maklumat ecommerce address.
Teknik Berbayar – Secara ONLINE
Untuk trafik berbayar, saya tak tulis panjang lebar kerna dah terlalu banyak guru2 digital marketing di luar sana sudah pun berkongsi 🙂
1) Google Ads
2) Facebook Ads
3) Instagram Ads
4) Affiliate Program
5) Email Marketing ( Autoresponder System)
Rakaman di Youtube