Episod 7 kali ni bersiaran di Clubhouse Ecommerce Malaysia pada 7th Aug2010 membincangkan pentingnya Formula C.D.C untuk sesebuah ec0mmerce itu. Walaupun tajuk kali ni sebenarnya untuk membuat ecommerce review and self promote tetapi, Moderator Sham telah berkongsikan satu formula yang bernilai tinggi untuk kita semua fahami bagaimana sebenarnya strategi organik memainkan peranan untuk menaikkan conversion sesuatu ecommerce tersebut. kITA merancang, ALLAH yang menentukan. 🙂
FORMULA C.D.C
COMMUNITY – Kenapa sangat penting sesebuah jenama itu untuk membina komuniti terlebih dahulu sebelum conversion berlaku? Community base ni buleh di pecahkan kepada 2 bahagian Komuniti di luar dan komuniti di dalam platform. Sekiranya anda mempunyai stand alone e-commerce, anda akan membina komuniti anda di 3rd party platform seperti Fb Group, Fb Page, dan juga CLubHouse. Ecommerce market place sperti shopee , mereka membina ekosistem komuniti mereka yang tersendiri di mana mereka punya page bisnes sesuatu brand dan punyai followers , mereka wujudkan live stream commerce dan juga mereka wujudkan gamification untuk memastikan komuniti seller dan buyer di shopee tidak keluar dari platform mereka. mereka mahukan visitor mereka stay di dalam ekosistem mereka supaya lebih banyak masa di habiskan di platgform mereka untuk mudah mereka upsell dan promote produk di dalam platform mereka pada bila2 masa shaja.
DATABASE – dATABase ni sangat penting dan ia bertindak sebagai kunci kepada ecommerce kita. Database yang di maksudkan ialah database email pelanggan. Melalui database ini ia akan memberikan kita peluang untuk menghubungi semula pelanggan kita pada bila2 masa sekiranya kita mempunyai promosi dan menjalankan kempen2 jualan kelak.
CONTENTÂ – Content ini sangat lah penting untuk sesebuah ecommerce itu di temui secara maya di internet. Content yang baik harus di letakkan di BLOG untuk di optimisekan sesebuah keyword untuk tujuan SEO.
fORMULA C.D.C ni adalah yang paling asas dan buleh di praktikkan oleh ramai newbie di dalam dunia e-commerce.
DAYA TAHAN SESEBUAH SISTEM ECOMMERCE – KENAPA ANDA PERLU TAHU?
Salah satu faktor utama yang perlu kITa tahu ialah kemampuan sesebuah e-commerce itu menerima jumlah trafik dalam sesuatu masa. Ini Kerana, En. Amin dari ToyyibPay ada berkongsi, mereka akan bekerjasama dengan client mereka untuk pastikan sistem bayaran berfungsi dengan baik sekiranya ada sesuatu kempen besar di jalankan.
Secara peribadi saya sendiri setuju, sebagai seorang yang membina perniagaan mereka di e-commerce, ini adalah faktor penting di titik beratkan bagi mengelakkan sesebuah ecommerce itu crash dek kerna jumlah visitor yg terlalu tinggi pada satu masa. Tn Asrul dari DesignVille memberikan idea terbaik iaitu, kita buleh mulakan kempen kita dengan membuat soft launching dan memfokuskan kepada sekumpulan database terlebih dahulu sebelum di buka kepada umum.
BANK PERTAMA DI MALAYSIA YANG GUNA E-COMMERCE
Coach Yuremi membawa semua audience kembali kepada sejarah ecommerce di malaysia di mana beliau mengaitkan dengan pihak BANK di Malaysia dan juga bagaimana timing is very critical dalam dunia digital sekarang.
Bagaimana MAYBANK masuk ke dunia perbankan online di saat wave Y2K. Malah saya sendiri mula menggunakan M2U pada tahun 2002. Harini kalau kita lihat, hanya M2U dan Cimbclicks yang betul mendominasi dunia perbankan online.
Bagaimana MarketPlace SHopee lebih menjadi pilihan harini? Ada beberapa kriteria yang membuatkan mereka menjadi platform pilihan masyarakat malaysia harini – Murah, Berkualiti, Ekosistem Yang Mesra Pelanggan. Anda buleh tonton rakaman Youtube untuk lebih memahaminya.
Untuk mendengar keseluruhan content, anda buleh tonton rakaman youtube dan ia telah mendapat persetujuan semua panel jemputan.
Moga perbincangan kali ni dapat memberikan ilmu yang bermanafaat kepada yang mencari. Terima kasih to all moderators yang sudi menyumbangkan content pada kali ni.
Panel CH Ecommerce Malaysia 7th Aug 2021 (ePISOD 7):
- Wan Zaki Bin Wan Taib (JELITASARA)Â – CEO
- Amin (ToyyibPay) – COO
- Shamsurizam – (Dhombig) – Founder
- Asrul – (Designville) – CEO
- Yuremi MN – (YMN Consulting) – Founder