Kenapa ‘Website Optimisation’ Sangat Penting?
Episod 006 kali ni kita membincangkan topik penting untuk sesebuah website/ecommerce itu berfungsi dengan baik untuk memberikan kadar conversion rate yang tinggi pada akhirnya.
Diantara yang di kongsikan harini oleh tuan Eizil, Kita perlu tahu data penting terlebih dahulu sebelum kita masuk ke topik ini. Diantaranya ialah:
- 64% Pengguna menggunakan Google Search Engine untuk bantu mereka buat keputusan pembelian secara online.
- 88% Pengguna sekarang ini menggunakan telefon pintar mereka untuk melayari sesebuah website.
- 58% Pengguna yang melihat content video di social media akan membuat belian secara online.
- 88% Pengguna online akan melayari ecommerce website.
Daripada data diatas, adalah sangat penting untuk kita ketahui, sangat penting untuk kita optimise kan KELAJUAN website kita untuk kita pastikan visitor yang masuk tidak bosan dengan masa yang terlalu lama di ambil untuk loading sesebuah page di dalam website kita.
Diantara Faktor penting yang kita kena pastikan adalah seperti berikut:
- Size Gambar yang di gunakan adalah sekitar 1-2MB. Untuk size gambar yang lebih tinggi akan mengganggu kelajuan sesebuah website tersebut.
- Ecommerce Mobile Friendly – adalah faktor penting untuk memudahkan visitor browse website kita dalam bentuk simplied mobile screen.
- Google Analytic Tool – Sebuah tool percuma yang wajib kita semua fahami untuk memahami customer behavior di website kita.
- Bounce Rate Data – Boleh di peroleh dari Google analytic tool. Bounce Rate di bawah 70% sudah di kira bagus untuk sesebuah ecommerce tersebut. Bounce Rate di bawah 10% adalah TERBAIK.
Apa Yang Terbaik?
Tn Eizil berkongsi teknik yang boleh mengoptimisekan sesebuah e-commerce itu dengan kombinasi Landing page fokus kepada sesuatu produk atau koleksi dan di ikuti dengan e-commerce. Hasil dari optimasi ini akan menghasilkan jualan yang tinggi untuk sesuatu produk tersebut kerana ia sangat fokus dan tiada gangguan dari produk lain.
Kesimpulannya, sebagai pemilik bisnes yang ada website atau ecommerce , perlu membuat review website sebulan sekali untuk pastikan website sentiasa berfungsi dalam kadar yang optimum dari segi kelajuan dan juga bounce ratenya. Ini sedikit sebanyak akan membantu website sales conversion rate yang mana ini adalah tujuan asal kita membina sesebuah ecommerce untuk sales channel bisnes kita.
Terima Kasih kepada moderator hari ni.
- Wan Zaki – www.jelitasara.com
- Eizil – www.eizil.com
Kepada yang terlepas sessi harini, anda buleh tonton video rakaman sessi ini di youtube.
Anda belom follow Club E-Commerce Malaysia?
Lets Join us – Klik – https://www.clubhouse.com/club/e-commerce-malaysia