Skip to main content

Produk Apa Nak Jual Di Ecommerce?

Clubhouse Club E-Commerce Malaysia kali ini membawakan kesinambungan topik mengenai dunia ecommerce Malaysia iaitu dilemma ramai usahawan yang berkecimpung dalam dunia online, apakah produk yang sesuai di jual di ecommerce?

Aku juga hadapi masalah yang sama… tak tau nak jual apa… macam-macam try.. sehinggalah satu hari tu kakak aku pinjamkan 20 helai tudung untuk aku bermula.. sejak itu, Jelitasara menjadi sejarah dalam cerita aku membina ecommerce bisnes aku sendiri lebih kurang 12 tahun dlu pada tahun 2009.

Harini aku bawakan 2 rakan yang sangat otai dalam bidang internet marketing di malaysia iaitu tn Sham dan Eizil untuk bersama2 kupaskan topik ni dalam masa 1 jam sahaja.

Kajian Produk / Brand

Tn Eizil mensarankan kita yang tak tahu nak jual apa memulakan dengan kajian menggunakan Google Trends tools yang sangat menarik dalam mengkaji apa yang tengah trending dan juga hot pencariannya di internet ketika ini, malah ianya buleh di kaji datanya lebih dari 10 tahun sebelum ni. Atleast dengan adanya tools ini dapatlah kita memperoleh maklumat tentang sesuatu produk dan juga service yang kita bakal jual adakah berbaloi atau tidak. Internet is all about timing. sekiranya anda dapati trend sesuatu produk itu mula menurun, kita kena bijak menterjemah data yang di berikan oleh google trends ini. kerna, trend yang menurun adakalanya berkait rapat dengan kematangan sesuatu produk itu di dalam market. dan kemungkinan besar, sudah ada ‘Real Player’ yang sudah mendominasi market. Jika anda nak juga masuk, tiada halangan tapi must be ready dengan persaingan sengit yang bakal anda hadapi kelak.


Contoh 1: Jika kita search keyword ‘tudung’ vs ‘baju kurung’ anda akan dapat satu data yang menunjukkan dalam 12 bulan yang lepas, keyword tudung lebih tinggi cariannya berbanding baju kurung.

Contoh 2: JELITASARA muncul di dalam market sejak tahun 2009 dengan keyword carian ‘tudung’ dan telah membina jenama nya secara online dan sudah pun mempunyai database pelanggan yang sangat tinggi malah telah membina kredibiliti nya yang tersendiri di kalangan  fansnya, maka mudahlah jika anda ingin menjadi agen dropshipnya untuk menjual tudung JELITASARA

Tn Sham berkongsi tentang bagaimana kita buleh menggunakan platform shopee utk membuat kajian tentang produk yang punyai permintaan tinggi. Shopee merupakan platform emarket place yang tinggi pelawatnya setiap hari sehingga mencecah jutaan pelawat setiap bulan. Pasti segala data customer behaviornya sangat lah tepat mengenai apa yang produk org cari ketika ini.

Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Anda buleh pilih untuk menjual produk hit and run atau betul-betul membina produk yang bagus dan membina empayar bisnes anda sendiri.

APA Yang Kami REKEMEN?

Kepada yang baru nak bermula, mulakan dengan produk basic first. tak perlu banyak2… start dengan satu jer dlu.. contohnya- jual periuk masak dlu… biar orang kenal ANDA dengan bisnes periuk first… later baru lah berkembang kepada produk yang related.

Moga sesi CH EP 002 oleh ECOMMERCE MALAYSIA ini memberi manafaat kepada yang mendengarnya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua moderator yang terlibat.

1) Wan Zaki Wan Taib (www.jelitasara.com) 

2) Shamsurizam ( www.dhombig.com) 

3) Eizil (www.eizil.com) 

Rakaman Youtube buat yang nak dengar keseluruhan podcast e-commerce malaysia . Enjoy!

We really appreciate your feedback. TQ!

Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

Leave a Reply