Skip to main content

Alhamdulillah.
Hari  ni aku pecah teloq tajuk ClubHouse baru aku iaitu E-Commerce Malaysia – Episod 1: Apa itu Ecommerce dan Bagaimana Nak bermula? 

Apa yang aku nampak masih ramai yang tak ready when PKP3.0 hit us badly! Maksud aku tak ready dari segi untuk online bisnes mereka. Tak tau nak cakap macam mana… So aku pkiaq punya pkiaq, aku suka CLUBHOUSE, so aku bukak ajala satu Kelab – E-Commerce Malaysia. Bukan nak position aku ni sorang ja terrer(hebat) bukan… bukan.. tapi aku nak mulakan club ni sbb nak kumpul those individu pakar dalam ecommerce Malaysia utk sama2 kongsi dan guide bagaimana kita semua buleh embark into this platform.

Sedikit aku rumuskan content pagi tadi di Clubhouse E-Commerce Malaysia:

Apa itu E-Commerce?

E-Commerce (E-Dagang) adalah Electronic Commerce dimana semua proses jual beli berlaku diatas talian. Sistem E-Commerce lengkap dengan diskripsi produk, harga, cara beli, dan sistem auto invoicing secara automatik. Untuk menggunakan e-commerce, ia memerlukan emel anda dan juga maklumat data seperti alamat rumah, nombor telefon. Semua data ini di perlukan untuk process merekod pengkalan data pelanggan yang akan di simpan oleh sistem untuk tujuan penghantaran produk yang di pesan.

Bagaimana Nak Bermula?

Soalan yang anda kena tanya diri anda,

1 – Adakah anda nak buat duit di online? Nak test water? nak tengok market demand?

atau

2 – Anda betul2 nak bina Empayar Bisnes ?

atau

3 – Anda dah ada bisnes secara physical dan ingin berkembang ke online retail?

Jawapannya…

1) Anda bulehla try jadi seller dekat market place di Malaysia – Shopee & Lazada. Tapi, anda kena ready ya dengan kes perang harga, harga murah tak masuk akal, dan persaingan maha sengit. Tapi tak salah pun nak cuba… belasah ajala,… you got nothing to loose bro!

2) Anda beli nama domain anda dan mulakan stand alone online shop dengan membawa bersama impian membina jenama anda dan akan JADI MEGA! Teknik ini yang saya buat untuk bisnes saya – JELITASARA.

3) Sama Jawapan no,2 dan hire professional webmaster utk bina web ecommerce anda dan proses latihan mengendalikan ecommerce wajib di kuasai oleh anda dan team anda. Seterusnya belajar bagaimana membawa traffic ke website anda. Utk level bisnes owner aka CEO, you need to ensure yr team able to manage this transformation. Tak perlu ramai. Bermula dengan sorang jer dlu bro!

Apa Yang Terbaik?

Sebagai orang yang terlibat dari mula cerita bina empayar bisnes ecommerce di malaysia, mestilah aku cakap jawapan nombor 2, sebab ianya lebih real dan long term serta yang paling penting hang ada full control on yr bisnes bro!

So, you are the captain of yr own soul … YOU DECIDE!

Aku hanya tunjukkan jalan bersama kawan2 aku di CH. Tq Sham from DHOMBIG dan EIZIL from LOKAL SEO yang sama2 sumbang idea dan inspirasi story. aa

Terima kasih to all yang join harini… dekat 50 orang juga la utk room pecah teloq …hehehehe…

Untuk menjadi pendengar setia content2 aku dan kawan2 yg expert yg lain, boleh follow CLUBHOUSE – E-COMMERCE MALAYSIA.

Moga beri manfaat kepada yang mendengar dan membaca post ni/. MOga ALLAH mudahkan segala-galanya.. AMIN.

Ini Youtube video yang saya hasilkan tahun 2019. Maybe ada point2 yang boleh di tambah.

Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

2 Comments

Leave a Reply