Skip to main content

JOM KENAL SIAPA AKU? WAN ZAKI JUGA ORANG BIASA MACAM HANG! BUDAK KAMPUNG!

Siapa AKU?

Aku hanyalah seorang budak kampung yang suka main WAU, suka main bola, suka main guli, suka main gasing.

Aku di lahirkan di dunia tahun 1978. Aku anak lelaki terakhir dalam keluarga aku dan aku anak second last dalam keluarga besar aku – 13 orang semuanya/… YES, memang meriah keluarga aku ketika satu moment tu…

Ketika awal usia aku… aku sangat la budak kampung yang tk tau pun speaking english, dok aloq setaq dan cakap KEDAH sangat pekat. hahhaha/… Ya, aku punya lidah ni agak keras utk terima loghat lain sbb aku buleh influence kawan2 aku utk cakap loghat utara dgn aku…. hahha… bapa aku seorang pesara yang hidup sangat sederhana… mak aku surirumah…zaman kanak2 aku sangatla cerita di pekan aloq setaq sja sbb parent aku dah tua masa aku di lahirkan.. sampai orang ingat bapa aku tu atok aku…dan aku lahir aku tk pernah kenal siapa atok nenek aku sebb semua dah takda di dunia.. so aku tk pernah rasa kasih sayang serang atok n nenek…

Akademik Aku…

Permulaan aku dalam akademik tkda apa yang aku boleh banggakan, tapi one thing aku consistent aku nak jadi engineer satu hari nanti. sbb aku tengok abg aku sorang tu berjaya gila , kaya dan ada segala2 nya dengan kerjaya sebagai seorang engineer. So , aku set, aku nak jadi engineer juga. Aku mcm budak2 lain yang sangat la lasak, semua buat sendiri ja… bapa aku dah tua time tu… nak main dengan aku pun dah tak larat. Aku pandai2 la main dengan kakak aku n adik aku… itu pun tkdala best sangat sebab depa perempuan… so terpaksa la aku main batuseremban dan zeropoint dengan diaorang …HEHEHHEH. Most of the time aku memang keja mengusik depa ja… sbb dua2 kuat mengadu.. MAK!!!! Tengok ZAKI ni… nanti mak aku akan mai dengan hanger baju ligan aku satu rumah… tempat persembunyian aku yg mak aku takkan jumpa aku…adalah dalam jamban!

Sekolah rendah result UPSR ke laut. Math dapat C. aku punya la malu time tu… malu dengan kawan2 aku yang flying colors… aku geram… aku simpan satu azam, aku akan masuk sekolah bagus one day. Sbb aku membesar dengan anak2 sedara aku yang pandai2… ramai straight A masa tu.. so,secara psikologinya aku memang seganla bila ramai2 jumpa and semua start tanya zaki dapat berapa A? hadoila…. aku memang tak suka soalan tu… hehehhe.  aku benci bila mak aku start compare aku dengan depa, dengan anak kawan2 dia dan ramai lagi… dan aku tk pernah naik stage utk amik hadiah pencapaian akademik. Satu benda aku paling ingat.. .aku menang pertandingan menyanyi…..hahahahahha.. ya aku suka melalak…aku suka AWIE Wings! AKU JIWA ROCKERS!  heheheheheh

PMR Aku…

Hahaha.. aku rasa terpandai dah sangat time ni…sbb time ni first time aku banggakan PAK aku (org kedah panggil bapa –  PAK). Sbb aku banyak kali dapat nombot satu dalam kelas aku. Bukan aku pandai sangat.. maybe kawan2 aku yg lain kurang pandai dari aku ja. PMR math aku salah satu saja. Power gila aku rasa… hahahahhaha… sbb aku start kawan dengan geng2 pandai. Cuma aku tak dan nak p amik result PMR aku dengan Pak aku.. Dia mungkir janji dia dengan aku kali ni.. Dia kata.. Tkpa Zaki, nanti result PMR keluaq kita p amik dua orang… Dia meninggal dunia 2 minggu sebelum result PMR aku keluaq… Aku down gila…

Aku mula jaga solat 5 waktu aku sejak form2. dan start study sorang dalam bilik aku smpai tengah malam.. takda sapa suruh pun sebab satu perkara yang trigger aku masa tu apabila aku kena dengan cikgu Math aku sbb aku fail math, aku tk paham nombor negatif… dia amik kepala aku… dia letak dekat papan hitam dan padam soalan yang aku jawab yg salah tu… masa tu aku cakap dkt diri aku…. next round aku mesti dapat A. Kawan2 semua gelak muka aku puteh dengan kapor. aku ja yang tahu apa rasa time tu.  Macm biasala, aku dapat la nombot satu ka… nombot koson ka, Pak aku tetap cakap – Baguih! Kotla dia nak bagi hadiah… jangan harap la….sbb aku tk paham time tu… apa itu financial. PMR aku dapatla 4A, tu pun aku rasa pandai dah time tu..sbb aku batch pertama depa test PMR.. Aku bengang gila sbb aku tak target semua subject time tu… aku ppulun math, BM, Penulisan, Sains. yang lain tu aku gagah ja… English paling aku pening.. aku budak kampung wei! haru sungguH!

SPM Aku..

Aku di terima masuk skolah berasrama penuh di Perlis.. Punya la best… sbb aku da buleh buang rasa malu dgn kawan2 skolah rendah aku dlu tu.. tetapi, apabila kita among the best, kita mula hilang taring. semua benda serba tak kena, aku budak kampung, yang memang jenis tk dok rumah… aku banyak aktiviti wei… aku ada geng BMX yang ramai look up dkt aku sbb time tu aku agak bagus dgn skill BMX aku… siap masuk TV wei time tu… hahahahahhaha…. bila masuk skolah pandai ni aku tengok depa ni tidoq dlaam kelas pun buleh score exam/.// aku pening/../ aku mula tidoq dalam kelas… aku ada masalah penat dlam kelas yg aku tktau apa salahnya… pendek cerita, aku setelkan SPM aku dengan result Atas Pagar ja Pangkat 1 time tu… adik2 angkat aku semua kutuk! balik kampung dok diam2… hampir kemurungan apabila kawan2 da mula dapat offer universiti… aku stress! ,mak aku da tktau apa dah time ni sbb mak kan suri rumah…hehehhehe , aku pura2 cool, tapi dalam kepala serabut gila! Permohonan aku masuk UITM di tolak sbb depa kata aku tak bubuh copy IC, DAMN!!!! aku lagi gelabah… permohonan aku masuk UTM buat engineering da kena tolak! geng2 UTM pandai2 wei! Last2 Allah jawab doa aku, USM Matrikulasi offer aku, terus aku kembali bernyawa!! kali ni aku TEKAD – AKU AKAN BUAT COMEBACK! PHOYO JA!

CAMPUS Life…

Cut it Shot.. 2 tahun aku buat matrikulasi, result aku not bad ok! hahhaha aku score math n fizik dan terus dapat offer – Aerospace Engineering.. PERGH! aku syiok gila! aku memang suka kapal terbang even aku tk pernah naik kapal terbang! jakun abis… abg aku cakap.. zaki nak keja mana nanti?  malaysia bukan p bulan selalu pun.. aku jem sat… skali lagi mak aku no komen sbb aku rasa dia pun tak paham …heheheheh… aku redah ja.. lagi aku pening bila majoriti lecturer aku bangsa RUSIA/… ntah apa2 dia ajaq… aku tkda pilihan melainkan hadap ajala…. Campus life aku memang aku enjoy abis dgn semua aktiviti kampus. belajar aku tk lupa… tapi aku takla flying color… sbb aku tkdapat rentak study di peringkat tinggi/… so, aku hnya dapat teknik tu di tahun akhir…which it is too late sbb CGPA aku jenuh nak repair… again , mak aku tk paham sangat…hehehhe so aku grad second class lower. Jadila…janji jangan 3rd CLASS!

Secara overall nya aku ni student C catagory. aku aktif sport dekat campus smpai aku represent Tenis for USM tahun 2000. Akademik aku anggap aku biasa2 ja…aku takkan sambung belajar lagi! its time to find the CAREER! Musti GAJI BESAQ sbb ada degree wei!

AKU sebagai ENGINEER ( New Chapter of LIFE!)

2001- Aku di terima bekerja di PSC Naval Dockyard Lumut sebagai technical Exec di dalam department MARKETING dalam division Business Development. Keja aku memang ligan buat tender n submit tender dekat KL. Gaji start RM1500. aku tk pkir banyak, aku nak start build career. Aku kena tipu, aku kena keja mcm kuli batak, aku hadap semua tu dengan gaji ciput, tp mak aku memang aku bagi RM300 di hari pertama aku dapat gaji sbb aku nak jadi nak anak yg pertama bagi duit dkt mak aku..aku nak mak aku ingat aku anak yg paling awal bagi duit dkt dia setiap bulan. gaji bersih aku rm1250. bagi mak rm300, tinggallah rm950 utk aku hidup.. aku pun tak ingat mcmana aku hidup time tu… yg aku ingat. aku makan roti nan ja lepas balik keja… sbb aku tkda cukup duit. hidup basic. aku survival mode ja dekat lumut. sementara tu aku start cari keja yg related dgn bidang aku iaitu AEROSPACE. Lepas 4 kali aku p istiqamah p interview dkt CTRM , aku di terima keja. Gila! ada skali tu depa panggil aku interview, then depa lupa depa ada interview dgn aku… 4 jam aku tunggu… last2 manager dia kluaq minta maaf dkt aku. Aku balik mcm tu ja ke lumut. Aku taktau BESI apa ada dlam diri aku time tu..sbb aku tak giveup. Aku keep apply any vacancy dkt company ni. Akhirnya, Aku di terima masuk di Eagle Aircraft salah satu subsidari CTRM di Melaka. Aku terus chow frm Lumut. AEROSPACE Here I COME!

Sebagai fresh grads engineer, aku tk banyak option, aku bagi masa 5 tahun dkt diri aku. untuk bina value aku sebagai engineer. Mistake demi mistake aku buat dlam kehidupan especially dalam financial. aku stuck, aku dapat gaji lagi tinggi di melaka, tapi aku makin sengkek. Name card ajala glamor, poket habuk pun takdak! Aku ingat lagi, mak aku minta belikan vacuum pun aku tak mampu…. aku sedih dan aku sedar. income aku kecik.. aku mula mencari.. abg aku bgtau… cuba zaki baca buku Rich Dad Poor Dad. Start that moment aku mula berubah dalam melihat kehidupan yang mcmana aku cari… Aku mula ada big dream. aku mula think differently. AKU TERJEBAK DALAM MLM! AKU MULA ADA CITA2 NAK JADI JUTAWAN!

Seluruh keluarga aku diam..tak membantah, tak menyokong, cuma depa support aku beli barang.. aku tau, depa kata aku dah salah pilih ni..hehehehhehe… tapi aku yakin , aku buleh kaya dgn MLM. aku full swing! aku berjaya bina satu organisasi yang besar… cuma tk sampai level pakai BMW. Pendek cerita aku cuci tangan dlam MLM setelah 5tahun full swing. Apa aku dapat? AKU DAPAT KAWIN! hahahha. Hampir 12 tahun aku bergelar seorang PEKERJA, aku mula mengorak langkah yang aku takkan toleh kebelakang lagi. Aku mulakan Chapter baru hidup aku sebagai seorang CEO.  – AKU CEO KAMPUNG

Akan aku cerita chapter aku membina empayar perniagaan aku – JELITASARA sebagai seorang CEO KAMPUNG. Aku tak malu… aku clear apa yang aku nak capai dalam hidup aku. Kita sambung nanti…

Tq sbb sudi baca naaa… aku appreciate sangat2 wei.. hang memang best.. sbb baca smpai sini…hehehehe

Wan Zaki

Tentang Wan Zaki

Pengasas JELITASARA sejak 2009

2 Comments

  • Shazli says:

    Terbaik lah kee… Walaupun Aku tertinggal jauh dalam banyak perkara dalam Dunia Keusahawanan, namun perjalanan hang sentiasa menjadi journey yang Aku percaya boleh Aku jadikan panduan. Well done kee. Keep moving foward.

Leave a Reply