BERITA TERBARU

TIPS MENJADI PEKERJA YANG HEBAT

 

Photo Credit to Businessman Wearing Cape — Image by © Royalty-Free/Corbis

Tips Menjadi ‘PEKERJA’ YANG HEBAT.

Ya, Abg wan mula bekerja since 2001 secara professionalnya selepas graduate frm USM di dalam bidang pengajian ‘Aerospace Engineering.’ Sebelum tu, abg wan pernah bekerja di bahagian Sales Advisor(Can Food Department) di Pasaraya LOOKING GOOD (Alor Setar). Tolak campur.. Abg Wan adala pengalaman Kerja lebih kurang 10tahun++
Sepanjang bergelar pekerja. Abg wan tk pernah pun dapat Gelaran – Best Employee dalam syarikat. Sbb pada abg wan, biarlah gelaran itu Boss Abg Wan yg iktiraf sendiri based on my delivery. Dan abg wan tkda lah hebat mana pun time keja. Abg Wan Bukannya favorite pun di kalangan boss ataupun rakan sekerja. Skill pun xda la tinggi pun… yerla, kerja pun xlebih 20 tahun pun lagi.. so, abg wan always position myself as a person that still have lot of room to improve. Bukan setakat skill & knowledge Engineering Technical. Banyak lagi elemen lain yg abg wan kena master – Leadership, Communication, Problem Solving, Handling People, Handling Rejection, Handling Tough Customer, Handling Supplier, MOnitor Project Progress, Handling Team & Banyak lagi la…
Pernah satu moment tu, Abg Wan Di Uji di mana Abg Wan di ‘Kambing Hitam’ kan. No body there to protect me.Time tu.. abg wan rasa dunia abg wan GELAP seketika. Dalam Hati menangis.. muka control ja dgn rakan sekerja & anak bini. Time tu, JELITASARA baru nak masuk setahun, order masih suam2 kuku… keadaan ketika itu, jika syarikat dapati abg wan bersalah, i have to be terminated. & semua orang menyalahkan abg wan.. sbb apa? sbb abg wan Section head time tu..
So, apa yg abg wan buat? Abg Wan Ada ALLAH.
Doa. Yakin. I MUST HAVE FAITH!
Abg Wan percaya. hanya data sahaja dapat protect position abg wan.. abg wan FIGHT! Abg Wan kena ‘Domestic Inquiry’ dan paling sedih, boss abg wan ketika itu menjadi saksi pendakwaan abg wan..
kalau anda rasa mcm mana?
Abg Wan xda lawyer… xmampu pun bayar lawyer…
Abg Wan Lawan based on data & rekod yang ada shaja.

Alhamdulillah.. Abg Wan BERJAYA. DAN hikmahnya selepas tu..
Abg Wan get ‘PROMOTED’…
Abg Wan dapat INCREMENT…
Bayangkan…
Pada satu ketika, seluruh syarikat bagaikan tidak berada di sebelah abg wan.. tapi selepas itu, semuanya Bagaikan TERBALIK…
Itulah KUASA ALLAH. Always believed That.
Nasihat Abg Wan…
Kepada Org Muda.. Wahai Generasi ‘Y’
Abg Wan Juga sebahagian Generasi Y, tapi abg wan adalah transisi generasi X & Y. Abg Wan masa time keja, memang selalu kena marah. bila time kena marah, memang rasa sentap n nak resign.. tapi, tanya diri kita, apa yg kita nak? lompat syarikat selepas kena marah takkan menyelesaikan masalah… pegi syarikat baru pun, u akan kena marah juga..abis tu nak lompat lagi? Nak jadi APA? – Hantu POCONG ker?
Bila kita kena tegur…atau kena marah, pasti ada perkara yg kita tak deliver. pasti ada perkara yg dah di tegur banyak kali tapi kita masih ‘selenga’ tak paham2. Memaang anda akan kena marah. Tapi, selalunya BOS yg professional, marah2 ni time keja ja…keluar bilik, bos akan mcm biasa, siap boleh ajak lepak minum & buat lawak. – boss mcm ni memang rare…selalunya abg wan jumpa mat salleh perangai mcm ni …:)
Harini rasa jadi PEKERJA SUSAH?
Abg Wan Lagi susah dulu… malah ada org lagi teruk dari abg wan..
tapi mereka tetap teruskan… Why?
Anda boleh jawab sendiri.
Alang2 jadi pekerja, JADILAH PEKERJA Yang HEBAT. Its ok orang lain tk nampak pun.. tapi ALLAH nampak…

So, apa yang terbaik? Boleh Rujuk gambarajah bawah ni:


– Abg Wan.
Since 1978

About Wan Zaki Wan Taib

Wan Zaki Wan Taib merupakan seorang Usahawan Internet yang berpengkalan di Melaka, Malaysia. Beliau merupakan 'Founder' kepada Jenama 'JELITASARA' yang pada tahun 2009 dengan memasarkan produk secara online 100% melalui platform e-commerce (www.jelitasara.com). Kini JELITASARA telah pun berkembang ke 3 butik Exclusive di Melaka & Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*