BERITA TERBARU

Tag Archives: facebook untuk bisnes

APA Yang Perlu Anda Update Di Facebook Fanpage Bisnes Anda?

facebook-for-business

Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya kepada saya, Apa yang saya perlu update di facebook Fanpage untuk Bisnes Saya?

Memang best sangat nak jawab soalan ni.. ;). Saya sudah menggunakan platform ‘facebook page’ untuk perniagaan saya – JelitaSARA hampir 5 tahun since 2010. Telah banyak perkara yang saya lalui sepanjang tempoh saya menggunakan facebook untuk explore new customer dan juga membawa mereka ke kedai online saya. Makin hari makin mencabar.. sangat mencabar.. dan ramai juga dah mula beralih kepada instagram nowadays.. tetapi tidak bagi saya.. sebab saya tahu “Why” kita perlu fokus dekat fb fanpage utk terus mempromosikan perniagaan kita. Tahukah anda  bahawa facebook masih lagi menggungguli carta Social Media Pilihan Ramai di dunia? Jadi, kenapa anda perlu abaikan platform nombor 1 ni?

Ok Nak update APA yer setiap hari? Boleh Ambil Idea Saya ni.

1 – Video

Anda perlu creatively update video di page fb anda. Kenapa? Kerana update video merupakan update yang mesra facebook page. Jumlah organik reach yang di perolehi adalah jauh lebih bagus dari update gambar. tk percaya? cuba upload satu video yang berkaitan produk anda. contohnya anda ada video yang nak tunjukkan cara buat kek buah paling mudah cara anda.. just rakamkan video menggunakan smartphone anda, then terus upload di facebook page. Durasi video boleh up to 10minit – rekemen. Tidak perlu nak official sangat ya… nak guna tripod ker, dslr yg beribu-ribu tu ker… just use yr smartphone jer..  video yang lagi spontan lagi la facebook suka.. tak percaya? buat dlu ya… then compare jumlah reached yang anda perolehi dari video tersebut. gdluck!

2- Gambar

Anda boleh kongsikan gambar yang berkaitan bisnes anda. gmbar tengah buat kek, gmbar kek da siap, gmbar bahan2 buat kek, gmbar anda bersama kek yng da siap… dan gambar happy customer anda bersama kek yang baru delivery… Semua ini membina kredibiliti anda sebagai bisnes owner di mata followers anda. lagi power gmbar founder yang serahkan kek tu dkt customer.- pelanggan akan suka anda! KOMPOM! Gmbar juga tidak la 100% gmbar pasal produk anda jer… gambar boleh gmbar throwback masa mula2 nak start dlu… gmbar isu semasa – contohnya Kapal yang hilang di jumpai semula… kita sama2 doa semuanya selamat.. – it shows yr sensitivity on what happening around. 🙂 Gmbar anda senyum lebar dengan anak dan dekat sebelah tu kek paling tinggi anda akan deliver bulan tu… 🙂

3 – Banner

Banner juga memainkan peranan. Contoh nya anda upload banner by event sepanjang tahun- banner ramadhan, banner ucap selamat berpuasa- banner ucap selamat hari raya. banner ucap macm2 lagi la… just change the pattern instead of gmbar produk jer… orang akan boring… orang nak something else… – banner contest ker… banner happy customer ker..

4- Update Tentang Isu Semasa

Update ini akan menunjukkan anda seorang yang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kena buat update yang macm ni supaya orang tak boring nak follow update facebook page anda. Keep updating something yang beri maklumat yang sahih ya.. jgn gosip2..takut hilang kredibiliti.

5- Update Produk

Dari masa ke semasa, Updatela gmbar produk anda utk promosi akan datang ker.. produk yang available dkt store skrang ka…

Macm2 update boleh buat tenting produk anda. Just pikir dengan kreatif.

 

Secara kesimpulannya, Cuba kekalkan konsistensi dalam update anda 3kali sehari. 9am 3pm 9pm… insyaALLAH. Walaupun xda org like n comment.. keep doing it.. bina content page anda supaya orang akan suka hangout dkt page you. Anda tidak akan tabu, bila masanya fb page anda akan menghasilkan jualan gelombang besar kepada perniagaan anda.

All da best!

Wan Zaki

– Aku menulis bukan kerna nama, Aku menulis hanya untuk beri inspirasi dan membantu.. itu jer.  🙂