BERITA TERBARU

Profile Wan Zaki

Screen Shot 2013-05-10 at 11.26.45 AM

Wan Zaki merupakan seorang Usahawan Internet yang berpengkalan di Melaka, Malaysia. Berpengalaman di dalam bidang pemasaran internet dan social media ‘engagement’ sejak 2008.

Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa dari USM dan pernah bertugas sebagai Jurutera Kanan di salah sebuah Syarikat Aero Composites di Malaysia selama lebih kurang hampir 10 tahun.

jelitasara-1464141316

Beliau merupakan Founder  dan bertindak sebagai CEO kepada JENAMA – ‘JELITASARA’ iaitu memasarkan tudung-tudung Exclusive secara online sejak 2009. Bermula dengan konsep Small Office Home Office (SOHO) pada tahun 2008, perniagaan internet beliau telah berkembang kepada sebuah perniagaan yang berkonsepkan ‘SMART Office’ dan mempunyai 3 buah ‘Butik Exclusive’ Di 1 LAGENDA MELAKA, BANGI GATEWAY & BANGI SENTRAL.

JELITASARA sekarang mula berkembang dengan pesatnya melalui plaform e-commerce,  Program Dropshipper JELITASARA, PROGRAM AGEN & STOKIS JELITASARA & juga PROGRAM PERSONAL SHOPPER JELITASARA. Malah, JELITASARA telah muncul di Kaca TV dan juga media cetak sebagai antara JENAMA ONLINE MALAYSIA yang mempromosikan ‘ISLAMIC FASHION’ dalam atas talian dan di antara 25 Jenama Tudung Online Terkenal di Malaysia.

Beliau punyai pengalaman luas di dalam bidang Pemasaran Internet & Social Media di mana beliau banyak membantu usahawan-usahawan yang baru ataupun sudah lama untuk menggunakan medium internet untuk memasarkan kepada pasaran yang lebih spesifik di internet. Beliau juga begitu aktif di dalam menghasilkan video panduan dengan menggunakan platform YouTube Channel. –www.youtube.com/user/wanzakidotcom

Selain itu, Beliau Juga merupakan Penceramah Jemputan di pelbagai Pusat Pengajian Tinggi Di Malaysia. Beliau banyak berkongsi tentang realiti dalam membangunkan Perniagaan dan Online Branding dengan Generasi Muda.

Wan Zaki amat percaya bahawa pemasaran melalui internet sekiranya di gabungkan dengan teknik ‘engagement’ yang betul melalui social media akan menghasilkan gelombang Jualan yang berlipat kali ganda berbanding menggunakan teknik konvensional, malah pemasaran internet adalah lebih kos efektif dan jualan yang tinggi dalam masa yang amat singkat.

Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang WANZAKI, anda boleh ikuti beliau di facebook, twitter, instagram dan juga linkdin

FACEBOOK WANZAKI (Berkongsi Tips2 Perniagaan Internet dan Teknik Terkini Social Media Marketing)

INSTAGRAM WANZAKI (Berkongsi Gambar Kehidupan sebagai seorang ,Suami,DADDY dan pada masa yg sama sebagai seorang USAHAWAN)

– TWITTER WANZAKI (Quotes by Wan ZAKI)

LINKEDIN