BERITA TERBARU
Perkongsian Wan Zaki Wan Taib melalui official wanzakidotcom Youtube Video.

POST TERBARU

Pakej Video Google Adwords – Saya Rekemen

GoogleAdwords

Assalamualaikum..

Antara senjata utama saya ialah google adwords. Saya sudah pun menggunakan google adwords since 2010 apabila selepas menghadiri satu seminar percuma oleh saudara Zamri Nanyan ketika itu. Beliau menjemput SPeaker yang famos amos time tu iaitu Patrick Chan. Beliau lah yang membuka minda saya untuk menggunakan platform google adwords ketika itu.. Memang masa tu saya boleh di anggap ‘King’ dalam iklan google adwords utk keyword – ‘tudung’

5 tahun berlalu.. cuba anda search keyword ‘tudung’ berapa ramai yang buat iklan ? sure da ramai kan? sangat competative kan? Yes ..sangat sengit saingan nya di google ads. Saya terus mencari jawapan hinggalah saya berjumpa Wan Mus – Sifu Adwords Malaysia. 2 kali saya hadiri kelas beliau di kuala lumpur.. hinggalah saya betul2 faham apa itu google adwords.

Secara jujurnya, saya mengakui kehebatan beliau di dalam bidang ini kerana, dari penyampaian beliau, saya rasa berbaloi sangat2 saya berguru dengan saudara Wan Mus ni.. Cakap dia pun laju mcm robot. 🙂 Saya mula faham struktur Iklan di google adwords. Sebelum ni saya belasah jer.. janji iklan saya kluar.. tapi kos nya agak tinggi la..

Apa YANG Terbaru?

adwordspanduan

Ada berita baik buat anda semua.. sebab SifuAdwords Wan Mus baru shaja buka jualan Video Panduan -Step by Step untuk membuat iklan di google secara efektif. Pada pendapat saya sangat berbaloi sekiranya anda mendapatkan produk beliau ini. Harga pun sangat berpatutan. boleh klik link bawah ni untuk dapatkan pakej panduan yang sangat bernilai tinggi ni.

– KLIK – PANDUAN VIDEO – GOOGLE ADWORDS

Saya sangat rekemen kepada yang baru nak belajar cara yang betul dan efektif tentang google adwords, boleh la beli panduan video ni.. Saya da beli dan saya boleh katakan , ianya seolah saya menghadiri kelas beliau..

Investment utk produk ni..saya katakan sangat berbaloi kerna impak yang di beri kepada perniagaan saya sangatlah lumayan..

Sharing is caring..

– Wan Zaki

 

 

 

 

 

APA Yang Perlu Anda Update Di Facebook Fanpage Bisnes Anda?

facebook-for-business

Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya kepada saya, Apa yang saya perlu update di facebook Fanpage untuk Bisnes Saya?

Memang best sangat nak jawab soalan ni.. ;). Saya sudah menggunakan platform ‘facebook page’ untuk perniagaan saya – JelitaSARA hampir 5 tahun since 2010. Telah banyak perkara yang saya lalui sepanjang tempoh saya menggunakan facebook untuk explore new customer dan juga membawa mereka ke kedai online saya. Makin hari makin mencabar.. sangat mencabar.. dan ramai juga dah mula beralih kepada instagram nowadays.. tetapi tidak bagi saya.. sebab saya tahu “Why” kita perlu fokus dekat fb fanpage utk terus mempromosikan perniagaan kita. Tahukah anda  bahawa facebook masih lagi menggungguli carta Social Media Pilihan Ramai di dunia? Jadi, kenapa anda perlu abaikan platform nombor 1 ni?

Ok Nak update APA yer setiap hari? Boleh Ambil Idea Saya ni.

1 – Video

Anda perlu creatively update video di page fb anda. Kenapa? Kerana update video merupakan update yang mesra facebook page. Jumlah organik reach yang di perolehi adalah jauh lebih bagus dari update gambar. tk percaya? cuba upload satu video yang berkaitan produk anda. contohnya anda ada video yang nak tunjukkan cara buat kek buah paling mudah cara anda.. just rakamkan video menggunakan smartphone anda, then terus upload di facebook page. Durasi video boleh up to 10minit – rekemen. Tidak perlu nak official sangat ya… nak guna tripod ker, dslr yg beribu-ribu tu ker… just use yr smartphone jer..  video yang lagi spontan lagi la facebook suka.. tak percaya? buat dlu ya… then compare jumlah reached yang anda perolehi dari video tersebut. gdluck!

2- Gambar

Anda boleh kongsikan gambar yang berkaitan bisnes anda. gmbar tengah buat kek, gmbar kek da siap, gmbar bahan2 buat kek, gmbar anda bersama kek yng da siap… dan gambar happy customer anda bersama kek yang baru delivery… Semua ini membina kredibiliti anda sebagai bisnes owner di mata followers anda. lagi power gmbar founder yang serahkan kek tu dkt customer.- pelanggan akan suka anda! KOMPOM! Gmbar juga tidak la 100% gmbar pasal produk anda jer… gambar boleh gmbar throwback masa mula2 nak start dlu… gmbar isu semasa – contohnya Kapal yang hilang di jumpai semula… kita sama2 doa semuanya selamat.. – it shows yr sensitivity on what happening around. 🙂 Gmbar anda senyum lebar dengan anak dan dekat sebelah tu kek paling tinggi anda akan deliver bulan tu… 🙂

3 – Banner

Banner juga memainkan peranan. Contoh nya anda upload banner by event sepanjang tahun- banner ramadhan, banner ucap selamat berpuasa- banner ucap selamat hari raya. banner ucap macm2 lagi la… just change the pattern instead of gmbar produk jer… orang akan boring… orang nak something else… – banner contest ker… banner happy customer ker..

4- Update Tentang Isu Semasa

Update ini akan menunjukkan anda seorang yang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kena buat update yang macm ni supaya orang tak boring nak follow update facebook page anda. Keep updating something yang beri maklumat yang sahih ya.. jgn gosip2..takut hilang kredibiliti.

5- Update Produk

Dari masa ke semasa, Updatela gmbar produk anda utk promosi akan datang ker.. produk yang available dkt store skrang ka…

Macm2 update boleh buat tenting produk anda. Just pikir dengan kreatif.

 

Secara kesimpulannya, Cuba kekalkan konsistensi dalam update anda 3kali sehari. 9am 3pm 9pm… insyaALLAH. Walaupun xda org like n comment.. keep doing it.. bina content page anda supaya orang akan suka hangout dkt page you. Anda tidak akan tabu, bila masanya fb page anda akan menghasilkan jualan gelombang besar kepada perniagaan anda.

All da best!

Wan Zaki

– Aku menulis bukan kerna nama, Aku menulis hanya untuk beri inspirasi dan membantu.. itu jer.  🙂

Apa Kata Mereka? – Servis by Wan Zaki

Alhamdulillah.. Saya sudah pun selesai beberapa sessi paid review Instagram For Business bersama klien saya. Ada yang mengambil paid review instagram, dan ada juga paid video review. Berikut adalah feedback yang saya terima dari klien saya. Thanks sebab sudi beri feedback. InsyaALLAH saya akan improve further in the future dalam review saya & saya look forward utk bantu lebih ramai usahawan-usahawan online yang berada di luar sana.

testimonial - Noorfaizyan

Nororfaizyan merupakan seorang owner kepada butik vendor di Melaka. – The Lurve Fashion. Boleh visit Instagram mereka di @thelurvefashion for more info.

testimonial - emerilda sani

Puan Emerilda Sani merupakan Owner of Butik Vendor Duchess Closet. Merupakan juga orang kuat di Persatuan Usahawan Internet Malaysia. Boleh layari instagram beliau di @duchess.closet for more info.

 

testimonial - fadil ahmad

Tuan Fadil masih baru di dalam mengenali Instagram for business. Beliau menjual pelbagai produk di instagram beliau dan memerlukan perubahan besar.. InsyaALLAH beliau boleh buat based on apa yang telah saya komen sebelum ini.

testimonia-KE

 

Mereka di atas adalah di antara yang telah saya bantu dari segi Paid Review Servis. Sekiranya anda berminat, boleh la klik link di bawah ni untuk subscribe servis terbaru saya iaitu Servis Paid Video Review. Anda akan memperolehi sessi Video Conference PERCUMA dengan saya untuk Q&A session yang lebih mendalam tentang social media for business.

Klik –  >>>>>SERVIS PAID VIDEO REVIEW<<<<<<

See you inside.

Paid Video Review Outcome – Kedai Emas Merchant9 – Pilihan Cincin Tunang ANDA!

Alhamdulillah. Saya baru shaja selesai Sessi Video Review Untuk Klien saya yang pertama – Kedai Emas Merchant9 – Tempat untuk mereka yang tercari-cari cincin tunang.

Sesiapa nak Cari Cincin Tunang yang sangat affordable, Merchant9 ada jawapannya!

Merchant9 Merupakan Sebuah Premis perniagaan Emas di Keramat KL. Mereka memasarkan Barangan Kemas dan fokus utama mereka ialah di dalam memasarkan cincin tunang secara online melalui medium facebook dan juga instagram.

Servis ni baru sahaja saya launching pada 13/6/15 secara spontan jer.. sebab saya suka hasilkan video.. So why not saya buat something yang saya good at utk aktiviti harian di samping menambah nilai usahawan2 yang bijak mengambil peluang!

Jom dengar apa komen saya mengenai akaun isntagram bisnes perniagaan @kedai_emas_merchant9  Official web mereka ialah www.merchant9.com

cincintunang

 

Saya Harap, Tuan Nik Haniff berpuas hati dengan outcome review dan berhati terbuka menerima review saya ini utk improvement.Moga lebih banyak cincin tunang dapat terjual melalui instagram lepas ni..

Kepada yang berminat untuk cuba servis terbaru saya ni, boleh klik link bawah ni:

>>>>>>>>>>>>>>>>>>BOOK SLOT PAID VIDEO REVIEW SIFUINSTAMARKETING<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

See you inside!

– Wan Zaki

p/s- nasib baik saya da kawin…kalu tdak da lama sambar satu cincin tunang from merchant9! …hahahha….:)

Apa Yang SAYA Pikir Sekarang?

perniagaan internet

Dah Agak lama saya tak tulis Blog WanZaki.Com

Busy? Agak la..

Dalam perjalanan saya membina empayar perniagaan saya, saya di uji..saya di asak, saya di permainkan…saya di tipu, saya di perkecilkan…saya di perkotak-katikkan…

Sekejap cakap OK, sekejap cakap tak ok!

Itu semua asam garam dalam kehidupan usahawan. Saya bukan usahawan yang sudah pun mengecap kejayaan yang membolehkan sya dok goyang kaki dan melancong ke negara eropah sambil selfie dekat sana sini.. saya seorang usahawan yang masih lagi berusaha membina Empayar Perniagaan Saya melalui Jualan Produk Fizikal – JELITASARA dan juga jual servis terbaru saya melalui SifuInstaMarketing

Saya tengah pikir sakarang ni..saya nak buktikan..kepada yang memperkotak katikkan jenama online…take advantage atas Jenama Online untuk kepentingan perniagaan besar mereka… bahawa, Jenama Online bila2 masa shaja boleh OUTRUN Perniagaan besar mereka. Saya hnya manusia biasa yang tak da MAKSUM pun utk terlindung dari perbuatan tidak baik sesama manusia..tetapi..apa yang berlaku akan menambah kuad lagi semangat saya untuk terus lebih berjaya dan tidak lagi menoleh kebelakang… Sakit hati? tkpa la.. Saya lebih percaya Rezeki saya 100% saya kena berharap pada ALLAH. Kenapa perlu saya bergantung kepada sesuatu individu atau jenama lain utk saya cari rezeki? InsyaALLAH.

Prinsip Saya –  Saya berniaga bukan minta sedekah.. Saya berniaga saya ada maruah.. Saya berniaga..saya membina Jenama dan Empayar Jenama SAYA. Orang yang pandang kecil dekat kita…kita patut berterima kasih kepada beliau.. Kenapa? Sebab dia lah Kita akan bangun dan lebih MEMBESARKAN EMPAYAR Perniagaan kita. Itu PRINSIP SAYA. Always jadikan hinaan dan cacian sebagai satu sumber MOTIVASI Besar dan WHY Faktor saya utk terus kan Perjuangan saya. Ini bukan hnya jual barang dapat duit.. Ini Cerita PERJUANGAN. Perjuangan yang hnya akan berhenti pabila Roh Ini Keluar Dari Jasad… Itupun.. Perjuangan masih di teruskan dengan Organisasi Empayar yang telah Siap di bina…

Ya ALLAH kurniakan aku kekuatan mental dan fizikal…Murahkan rezeki KU… InsyaALLAH akan AKU bantu umatmu yang betul2 nak berjaya!

 

– Wan Zaki