BERITA TERBARU
Perkongsian Wan Zaki Wan Taib melalui official wanzakidotcom Youtube Video.

POST TERBARU

TIPS MENJADI PEKERJA YANG HEBAT

 

Photo Credit to Businessman Wearing Cape — Image by © Royalty-Free/Corbis

Tips Menjadi ‘PEKERJA’ YANG HEBAT.

Ya, Abg wan mula bekerja since 2001 secara professionalnya selepas graduate frm USM di dalam bidang pengajian ‘Aerospace Engineering.’ Sebelum tu, abg wan pernah bekerja di bahagian Sales Advisor(Can Food Department) di Pasaraya LOOKING GOOD (Alor Setar). Tolak campur.. Abg Wan adala pengalaman Kerja lebih kurang 10tahun++
Sepanjang bergelar pekerja. Abg wan tk pernah pun dapat Gelaran – Best Employee dalam syarikat. Sbb pada abg wan, biarlah gelaran itu Boss Abg Wan yg iktiraf sendiri based on my delivery. Dan abg wan tkda lah hebat mana pun time keja. Abg Wan Bukannya favorite pun di kalangan boss ataupun rakan sekerja. Skill pun xda la tinggi pun… yerla, kerja pun xlebih 20 tahun pun lagi.. so, abg wan always position myself as a person that still have lot of room to improve. Bukan setakat skill & knowledge Engineering Technical. Banyak lagi elemen lain yg abg wan kena master – Leadership, Communication, Problem Solving, Handling People, Handling Rejection, Handling Tough Customer, Handling Supplier, MOnitor Project Progress, Handling Team & Banyak lagi la…
Pernah satu moment tu, Abg Wan Di Uji di mana Abg Wan di ‘Kambing Hitam’ kan. No body there to protect me.Time tu.. abg wan rasa dunia abg wan GELAP seketika. Dalam Hati menangis.. muka control ja dgn rakan sekerja & anak bini. Time tu, JELITASARA baru nak masuk setahun, order masih suam2 kuku… keadaan ketika itu, jika syarikat dapati abg wan bersalah, i have to be terminated. & semua orang menyalahkan abg wan.. sbb apa? sbb abg wan Section head time tu..
So, apa yg abg wan buat? Abg Wan Ada ALLAH.
Doa. Yakin. I MUST HAVE FAITH!
Abg Wan percaya. hanya data sahaja dapat protect position abg wan.. abg wan FIGHT! Abg Wan kena ‘Domestic Inquiry’ dan paling sedih, boss abg wan ketika itu menjadi saksi pendakwaan abg wan..
kalau anda rasa mcm mana?
Abg Wan xda lawyer… xmampu pun bayar lawyer…
Abg Wan Lawan based on data & rekod yang ada shaja.

Alhamdulillah.. Abg Wan BERJAYA. DAN hikmahnya selepas tu..
Abg Wan get ‘PROMOTED’…
Abg Wan dapat INCREMENT…
Bayangkan…
Pada satu ketika, seluruh syarikat bagaikan tidak berada di sebelah abg wan.. tapi selepas itu, semuanya Bagaikan TERBALIK…
Itulah KUASA ALLAH. Always believed That.
Nasihat Abg Wan…
Kepada Org Muda.. Wahai Generasi ‘Y’
Abg Wan Juga sebahagian Generasi Y, tapi abg wan adalah transisi generasi X & Y. Abg Wan masa time keja, memang selalu kena marah. bila time kena marah, memang rasa sentap n nak resign.. tapi, tanya diri kita, apa yg kita nak? lompat syarikat selepas kena marah takkan menyelesaikan masalah… pegi syarikat baru pun, u akan kena marah juga..abis tu nak lompat lagi? Nak jadi APA? – Hantu POCONG ker?
Bila kita kena tegur…atau kena marah, pasti ada perkara yg kita tak deliver. pasti ada perkara yg dah di tegur banyak kali tapi kita masih ‘selenga’ tak paham2. Memaang anda akan kena marah. Tapi, selalunya BOS yg professional, marah2 ni time keja ja…keluar bilik, bos akan mcm biasa, siap boleh ajak lepak minum & buat lawak. – boss mcm ni memang rare…selalunya abg wan jumpa mat salleh perangai mcm ni …:)
Harini rasa jadi PEKERJA SUSAH?
Abg Wan Lagi susah dulu… malah ada org lagi teruk dari abg wan..
tapi mereka tetap teruskan… Why?
Anda boleh jawab sendiri.
Alang2 jadi pekerja, JADILAH PEKERJA Yang HEBAT. Its ok orang lain tk nampak pun.. tapi ALLAH nampak…

So, apa yang terbaik? Boleh Rujuk gambarajah bawah ni:


– Abg Wan.
Since 1978

HARI LAHIR YANG KE-39

Alhamdulillah…

Syukur kepada ALLAH kerna masih beri abg wan peluang untuk hidup di dunia ini. Masih beri kesihatan tubuh badan dan masih ramai yang menyayangi diri ini.

Terus terang abg wan cakap.. abg wan tak sambut birthday since kid. But recently, since ada facebook ni, ramai pulak yg wish birthday..

My wife yang paling busy since awal march.. mcm2 dia plan senyap2.. Abg Wan ni buat tak kisah jer.. sbb abg wan tak suka bazir duit letak belon sana sini.. hahaha… da tua pun.. 🙂 tapi orang da organize , i just support everybody..

Surprise demi surpise diaorang buat.. till semalam, my family pun buat… xpernah2 diaorang buat.. so touching! haha..

Apa pun, as long this make us much more closer..why not. It promotes LOVING EACH OTHER & APPRECIATE our presence in their lives.

Yes, I am 39 this year.. Tahun last dalam lingkungan 3 series, means makin dekat utk abg wan menemui PENCIPTA Yang Maha ESA. Abg Wan Paham, makin meningkat umur kita, makin dekat kita dengan ALLAH. Itu sepatutnya. ABg wan berazam utk lebih tingkatkan ilmu akhirat. Ilmu AGAMA. sbb abg wan percaya… kita kena balance kan dunia & akhirat. Nak berjaya kena berjaya DUNIA & AKHIRAT. InsyaALLAH. Doakan abg wan tk lupa diri, trlalu kejar duniawi.. terlalu stress dgn hal2 keduniaan, trlalu pkirkan hal2 manusia..

Nak tahu apa yg abg wan WISH for this YEAR?

  • Lebih Banyak masa bersama family abg wan
  • Lebih Banyak Masa tuntut ilmu akhirat
  • Lebih tenang di dalam hati
  • Lebih berjaya dari tahun lepas,
  • Lebih banyak savings frm last year 🙂
  • Lebih serius mendidik anak2 utk jadi insan yg berjaya.
  • Lebih menyayangi wife & anak2.

Thank you for yr all doa dan birthday wishes. I am so glad.. I am so happy. Moga ALLAH sahaja yang balas.

Abg Wan

Since 1978

5 TIPS UNTUK BERNIAGA DI INSTAGRAM

business-instagram

Abg Wan mula menggunakan instagram sekitar tahun 2012. Pejam celik dah masuk tahun ke-6 sekarang. Dari personal account sekarang dah pun berkembang ke akaun bisnes instagram dan juga akaun personal telah bertukar ke ‘Public Figure’ …thodiaaaah! Now everybody can become social media influencer kannnn…

Ok, Harini abg wan nak share pasal 5 TIPS UNTUK BERNIAGA DI INSTAGRAM. Kelima-lima tips ni pada abg wan sangat asas yang usahawan perlu beri tumpuan yang lebih. Penting untuk bermula dengan betul dan boleh berikan kan Impak yang tinggi.. kannnnnn..

IMG_4166 (1)

1- SETUP AKAUN INSTAGRAM BUSINESS (CARA BETUI)

– Anda perlu setup akaun yang betul. Setup akaun instagram for business ya. Username(nama akaun instagram) Ada relate dengan ‘brand’ anda. Create emel yg related utk di gunakan utk tujuan akaun instagram ni dan rekod username n password nya yer.. kang lupa plak!

– Letak info yang betul. berkaitan SIAPA Anda?APakah Perniagaan Anda?Waktu Operasi, maklumat Official Website(jika ada..sebanaqnya wajib ada!)

2 – PLAN Posting ANDA.

WAKTU Wajib Posting (minimum 3 kali sehari) Lupakan niat anda utk berniaga di instagram jika ini pun blom mampu buat(sorry, agak keras skit ayat ni… agak sentap! 🙂 )  So, time bila nak post? Pagi (8-9am), Tghari(1-3pm, Malam (8-9pm). Kenapa waktu ni? Jangan banyak tanya! buat ja dlu…tengok result! hahhahahaha…. garang plak abg wan 🙂

 

IMG_9610

3 – POSTING GAMBAR YANG CANTIK! 

Instagram merupakan platform social media yang mengetengahkan gambar pada asalnya. Sekarang ni dah mula berkembang ke video dan ‘live’ video. Anda perlu tahu basic. Basic instagram ialah GAMBAR! So, usahawan perlu pastikan gmbar memang cun! gambar cun tu macm mana? ha….tengok gmbar bawah atas tu! 🙂 Gmbar will attract people to open yr posting & menikmati keindahan gambar tersebut. SO, think how to get those high quality photos for yr product. Jangan asal boleh jer ya… Business is all about how you position it. U can seem so big if you position it right at social media even you baru jer start dkt rumah kecik ja dkt KAMPONG CHEROK TOKKUN. 🙂

4) GIVE MORE VALUES INSTEAD DOING ‘HARD SELL’

Viewers or your followers ssangat ternanti2kan gmbar anda bukan sekadar promo n produk terbaru.. yr followers nak sangat kalau boleh tengok gmbar2 di belakang tabir. Ya…Ya…Ya… gambar tengah packing ker… gambar tengah proses order ker… gmbar tengah beratur poslaju nak hantar ke..gambar opis anda ker.. gambar team anda tengah dok pulun keja ka… gmbar butik anda ka..gmbar customer anda ka.. GIVE More value is all about how you can share something good! Tips kecantikan kaa…tips kurus ka… tips jadi manusia terbaik di mukabumi ka… mcm2 value yg anda boleh share yng align dengan brand anda. keep sharing those good & positive things.!

5) FAST RESPONSE

Bayangkan….

Sekiranya anda komen dekat ig Siti Nurhaliza, tiba2 Siti Nurhaliza siap balas komen anda dan siap tag balik nama anda! fuhhhhh! apa rasa dkt dalam tu? IMPAK TInggi beb! memang makan dalam! itulah social media nowadays.. we interect direct! JIka team anda boleh reply dan engage dengan cepat means u are on the right track utk memenangi hati mereka utk stick with you! orang suka mereka di ‘notice’ by somebody!

Perasan tak… 5 TIPS UNTUK BERNIAGA DI INSTAGRAM yang abg wan kongsikan dekat atas tu ada guna duit tak modal smpai RM10K? hahahhaa… takdak kan.. FREE Ja! benda free kena ada la efford nya yer.. so, keep doing it. tkyah banyak2.. buat itu dlu.. buat selalu dan konsisten.

Gdluck!

– Abg Wan.

Sumber Gambar:

– Google

– www.jelitasara.com

Rahsia Memberi Secara Ikhlas.

IMG_4136

 

#RAHSIAMEMBERI

Dalam kehidupan.. wang bukanlah segala-galanya.. tapi segala-galanya perlukan wang.

Pernah satu ketika. Dlm chapter hidup abg wan, abg wan sangat tertekan tika baru nak start belajar ‘Internet Marketing’ lagi banyak abg wan cari, lagi banyak abg wan tak tahu… dan… abg wan hampir gibab pada satu ketika. Bukan mudah utk Allah nk bagi kejayaan dkt kita. Pasti ada dugaan dan cabaran yg bakal mendatang… pernah abg wan cakap dkt diri abg wan. Satu hari nanti, pabila kejayaan itu telah aku miliki… aku akan share semula dgn org yg betul2 nak belajar tentang ilmu ini. Abg wan travel almost every week Melaka-KL sorang2 demi ilmu baru. Jangan tnya berapa bnyak wang abg wan da labur Belajar n buat… belajar n buat… sampai jadi!
Satu hari tu.. tika JELITASARA mula di kenali di kalangan online user.. ada seorang rakan abg wan notice what i got. Dia call n ajak jumpa dkt hotel d melaka. Dia tnya.. apa rahsianya? abg wan cerita habis baik.. sbb abg wan percaya ini ilmu yg Allah hnya pinjamkan shaja. Dan abg wan percaya, ilmu yg baik jika abg wan kongsi pasti ada saham utk bekalan abg wan dkt sana nanti.. lebih kurang beberapa bulan lepas tu.. dia panggil abg wan utk kongsi dgn team beliau… what is internet marketing is all about…abg wan did the sharing session at KL. I made an effort utk turun dari melaka & drve back to Melaka till 2pagi.. Abg wan xda demand apa2 pun time tu.. i just nk share shaja.. abg wan ingat azam abg wan dlu.. selagi ada org nak belajar aku akan ajaq.
Harini… team tersebut… berjaya! Mereka menjadi top sales group in Malaysia! Even in South East Asia!
I am happy for them. Tak tau nk cakap macm mana… rasa puas… they did it! & they grow & become the no.1! & they still the same.. down to earth. Respect!

Abg Wan?
Allah dah bagi mcm2 kesenangan n kemudahan in other way…
bukan dari segi duit shaja..
macam2…
Sedekah bukanlah setakat wang ringgit.
Sedekah Ilmu juga adalah satu yg berimpak tinggi.
Sekarang abg wan tengok. Ramai sifu muncul dgn pakej yg sangat luarbiasa. Hmm…
Kalau.. masa kita mula2 nak belajar dlu cikgu kita charge tinggi2.. agak2 mak ayah kita mampu ke? 😅😅

Nasihat Abg Wan..
berkongsi dan bantulah seikhlas hati.
Jangan mulut cakap nak bantu… tapi.. kita tekan dan terus tekan harga…
Orang baru nak bermula…serba serbi kurang.
Biar pun ramai orang panggil kita sifu.. ker, mentor kerrr, guru ker… kita juga dalam bisnes… dan dalam bisnes pasti akan ada naik turun.. time turun…sifu pun manusia biasa…

– Abg Wan
CEO of JELITASARA

Pakej Video Google Adwords – Saya Rekemen

GoogleAdwords

Assalamualaikum..

Antara senjata utama saya ialah google adwords. Saya sudah pun menggunakan google adwords since 2010 apabila selepas menghadiri satu seminar percuma oleh saudara Zamri Nanyan ketika itu. Beliau menjemput SPeaker yang famos amos time tu iaitu Patrick Chan. Beliau lah yang membuka minda saya untuk menggunakan platform google adwords ketika itu.. Memang masa tu saya boleh di anggap ‘King’ dalam iklan google adwords utk keyword – ‘tudung’

5 tahun berlalu.. cuba anda search keyword ‘tudung’ berapa ramai yang buat iklan ? sure da ramai kan? sangat competative kan? Yes ..sangat sengit saingan nya di google ads. Saya terus mencari jawapan hinggalah saya berjumpa Wan Mus – Sifu Adwords Malaysia. 2 kali saya hadiri kelas beliau di kuala lumpur.. hinggalah saya betul2 faham apa itu google adwords.

Secara jujurnya, saya mengakui kehebatan beliau di dalam bidang ini kerana, dari penyampaian beliau, saya rasa berbaloi sangat2 saya berguru dengan saudara Wan Mus ni.. Cakap dia pun laju mcm robot. 🙂 Saya mula faham struktur Iklan di google adwords. Sebelum ni saya belasah jer.. janji iklan saya kluar.. tapi kos nya agak tinggi la..

Apa YANG Terbaru?

adwordspanduan

Ada berita baik buat anda semua.. sebab SifuAdwords Wan Mus baru shaja buka jualan Video Panduan -Step by Step untuk membuat iklan di google secara efektif. Pada pendapat saya sangat berbaloi sekiranya anda mendapatkan produk beliau ini. Harga pun sangat berpatutan. boleh klik link bawah ni untuk dapatkan pakej panduan yang sangat bernilai tinggi ni.

– KLIK – PANDUAN VIDEO – GOOGLE ADWORDS

Saya sangat rekemen kepada yang baru nak belajar cara yang betul dan efektif tentang google adwords, boleh la beli panduan video ni.. Saya da beli dan saya boleh katakan , ianya seolah saya menghadiri kelas beliau..

Investment utk produk ni..saya katakan sangat berbaloi kerna impak yang di beri kepada perniagaan saya sangatlah lumayan..

Sharing is caring..

– Wan Zaki